Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 31, 2018 @ 2:00am

Buka Puasa Gaya xtra! Sajian Eksotik Melaka di Hotel Royal Kuala Lumpur

Sebut sahaja Melaka, kuih keria ‘viral’, ikan bakar Portugis, asam pedas Nyonya dan banyak lagi pasti menjadi sasaran pengunjung ke negeri lagenda Hang Tuah. Hotel Royal Kuala Lumpur mengangkat masakan tradisi Melaka sebagai juadah hidangan berbuka sepanjang Ramadan ini menerusi tema buffet ‘Aneka Sajian Melaka Bandar Bersejarah’ bermula dari 18 Mei 2018 lalu.

Selusuri imbauan eksotik masakan dari dapur Melaka menerusi hidangan nasi hujan panas bersama ekor sapi masak asam pedas dan sambal tumis sotong. Malah, anda boleh sesuaikan menu berbuka dengan hidangan ikan bakar Portugis bersama masak lemak pucuk paku ikan bilis, fuhh! Tidak ketinggalan, nikmati isi kambing bakar segar, mee kari, aneka kuih-muih termasuk keria ‘viral’ yang dipesan khas dari Melaka selain juadah sinonim Melaka, kuih buah Melaka.


Sebut sahaja Melaka, kuih keria ‘viral’, ikan bakar Portugis, asam pedas Nyonya dan banyak lagi pasti menjadi sasaran pengunjung ke negeri lagenda Hang Tuah. Hotel Royal Kuala Lumpur mengangkat masakan tradisi Melaka sebagai juadah hidangan berbuka sepanjang Ramadan ini menerusi tema buffet ‘Aneka Sajian Melaka Bandar Bersejarah’ bermula dari 18 Mei 2018 lalu.

xtra yang berkunjung semasa sesi pelancaran buffet Ramadan sempat menemubual Chef Mohd Hafif Mohd Saleh, “Kami ke sana dan membuat tinjauan di beberapa kedai bagi mencari rasa sebenar hidangan Melaka. Malah, staf dapur turut diberi latihan masakan intensif menggunakan ramuan tradisi khususnya dalam pembuatan kuih berasaskan negeri bersejarah ini.”

Nah, inilah masanya merasa keunikan masakan tradisi Melaka tanpa had! Buat anda yang berkunjung menjamu selera, Hotel Royal Kuala Lumpur turut menyajikan hiburan tradisional serta joget bersama Ani Mayuni dan Kelly Azman.

Bayaran bermula RM85 dewasa dan RM42.50 untuk kanak-kanak serta warga emas. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi Hotel Royal Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Walter Granier (Waze: Lot 10) di 03-21486888 samb. 2887/2855 atau emel ke [email protected]

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 7 Nov 2017

30 LAGU TEMBUSI SEMI FINAL MUZIK-MUZIK 32

Sebanyak 30 buah lagu telah berjaya menembusi semi final muzik-muzik yang ke-32. Antara lagu-lagu yang layak adalah berdasarkan undian peminat di carta MM32 dan juga secara wild card menerusi showcase MM32.

Fab Foodies! Thu, 8 Feb 2018

KENTANG GORENG RAWAT MASALAH BOTAK?

Maklumlah, melihat kepada kuantiti minyak dalam kuali, boleh pengsan dibuatnya…

Events Mon, 21 Oct 2019

Planning On Buying Honor 20 Series? Now is the Time!

BOO! HONOR Malaysia is Giving Fans a Treat this Halloween.

Eat Travel Fri, 9 Feb 2024
Fab Foodies! Sat, 3 Feb 2018

【2018迎新春】雪隆6大酒楼新春套餐大比价

农历新年又要到咯!大家还在懊恼着今年跟家人的团圆饭、好朋友的聚餐,公司的收工酒要到哪里吃吗?“不用怕!xtra在大厅”就跟随小编一起「GoGo旺得福」到雪隆区6大酒楼吃新春套餐!

Events Sat, 28 Sep 2024
Events Thu, 6 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Terlalu Bengis Punca Anak-Anak ‘Buang’ Bapa Sendiri

Bengis tidak bererti tidak sayangkan anak-anak. Kadang-kadang anak perlu diajar supaya jadi ‘orang’ bila besar nanti. Tak gitu!

Events Fri, 30 Nov 2018
Events Wed, 16 Oct 2019
error: Content is protected !!