Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 19, 2026 @ 7:12am

Bukan MV Biasa, Haikal Farid Tampil Kelainan Dalam ‘Aku Klasik’ Bersama Komuniti Orang Asli

Penyanyi muda Haikal Farid kembali merancakkan industri muzik tempatan menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Klasik (Eh Ah) yang juga merupakan lagu ketujuh sepanjang perjalanan seninya.

Pada usia 27 tahun, Haikal atau nama sebenarnya Mohamad Haikal Farid Rizal terus menunjukkan kesungguhan dalam membina nama sebagai penyanyi meskipun masih berada dalam fasa perkembangan karier.

Menurut Haikal, Aku Klasik (Eh Ah) tampil dengan warna muzik yang berbeza berbanding karya-karyanya sebelum ini, sekali gus memperlihatkan sisi lain dalam perjalanan muziknya.

“Alhamdulillah, proses daripada demo hingga rakaman berjalan dengan lancar. Lagu ini memang agak berbeza daripada lagu-lagu saya sebelum ini, jadi saya teruja nak tengok bagaimana penerimaan pendengar terutama peminat yang sentiasa menyokong saya,” katanya.

Apa yang lebih mencuri perhatian, muzik video lagu tersebut turut menampilkan kelainan apabila melibatkan komuniti Orang Asli dari Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Batu Caves.

Haikal berkata, pengalaman menjalani penggambaran bersama komuniti tersebut memberi kenangan yang cukup bermakna buat dirinya dan seluruh kru produksi.

“Kehadiran komuniti Orang Asli di sana memang memeriahkan suasana sepanjang penggambaran. Mereka juga memberikan kerjasama yang sangat baik.

“Malah mereka turut bergotong-royong menyediakan juadah makan tengah hari untuk saya dan kru produksi. Antara menu yang disediakan termasuk nasi dan ayam yang dimasak dalam buluh. Pengalaman itu memang menambahkan lagi nilai budaya dalam muzik video ini,” katanya lagi.

Sebagai artis yang sedang meningkat naik, Haikal mengakui cabaran terbesar ketika ini adalah memastikan karya baharu mampu mendapat perhatian pendengar dalam industri muzik yang semakin kompetitif.

“Untuk promosi, saya memang kena usaha lebih sikit. Saya perlu hasilkan content dan gunakan lagu ini dalam pelbagai bentuk supaya kekal relevan dalam industri yang sekarang dipenuhi ramai bakat baharu.

“Saya percaya rezeki itu luas dan kita hanya perlu terus berusaha serta yakin dengan perjalanan sendiri,” katanya.

Selain aktif sebagai penyanyi, Haikal juga bekerja sebagai Eksekutif Jualan. Namun, minatnya terhadap muzik tidak pernah luntur walaupun pernah berehat hampir dua tahun tanpa menghasilkan lagu baharu.

“Muzik memang sebahagian daripada diri saya. Walau apa pun kerja yang saya lakukan, nyanyian tetap akan sentiasa ada dalam hidup saya.

“Saya harap Aku Klasik dapat membawa sesuatu yang segar dan unik kepada pendengar selain menarik lebih ramai orang untuk mengenali muzik saya,” katanya.

Single Aku Klasik (Eh Ah) dilancarkan secara rasmi di semua platform digital bermula 8 Mei 2025 bersama muzik video rasmi di YouTube NSR Malay.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Fikry Kiki, Ku Yen dan Rudy Nastia yang turut terlibat dalam penulisan lirik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 May 2025

Buat Veneer, Pakai ‘Contact Lens’ Berwarna… Puteri Balqis Dikritik Selekeh? Peminat Tampil Pertahankan

Puteri Balqis dikritik selekeh sebab buat veneer, warna contact lens tak sesuai

Trending Tue, 24 Mar 2020
Featured Mon, 22 Nov 2021

Demi Mangga Asam Boi Traffic Light, Gadis Selamba Panggil Abang ‘Spiderman’ Guna Mikrofon

Penjualan mangga asam boi di lampu isyarat bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana strategi pemasaran yang digunakan oleh penjual adalah unik dan mempunyai ramai peminat yang menggemari jeruk itu. Itulah yang […]

Events Thu, 6 Mar 2025

Bantu Golongan Memerlukan, Media Prima Berhad & Nestle Malaysia Agih 1,300 ‘Kotak Rezeki Dari Hati’

Inisiatif ini tuut mendapat sokongan ramai pihak dan jenama Lokal.

Hiburan Sun, 6 May 2018

Mahu Habiskan Masa Berdua Lebih Lama, Punca Mawar Belum Berbadan Dua

Namun, selepas 6 bulan usia perkahwinan pasangan ini, ramai yang bertanya agaknya bilakah Mawar dan Raf bersedia mahu menimang cahaya mata? Mana taknya, kedua-duanya pun kelihatan gembira dan sangat serasi bukan?

Hiburan Sat, 9 Apr 2022
Trending Tue, 23 Jun 2020
Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Tahniah! Nabil Ahmad Bakal Dapat Anak Ketiga

Isterinya, Zira Ayub disahkan hamil di mana berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Instagram milik pasangan ini semalam.

Trending Sat, 24 Feb 2018

AWAS DENGAN PRODUK KECANTIKAN INI, ADA RACUN BERJADUAL RUPANYA!

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

Featured Sat, 28 Jan 2023
error: Content is protected !!