Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom August 1, 2018 @ 8:00pm

Burger Daging Buaya Bikin Festival Makanan Kuching 2018 Gempar!

Apa! Burger daging buaya? Loya terus tekak penulis apabila dimaklumkan mengenai kewujudan burger daging buaya.

Sedangkan burger daging rusa dan arnab yang isinya manis dan tentu-tentu halal pun tidak ramai yang makan apatah lagi burger daging buaya!

Yang pasti cerita tentang burger daging buaya ini bukan gimik sebaliknya ia memang real dan rata-rata pengunjung yang sempat ke tapak Festival Makanan Kuching 2018 baru-baru ini, tergamam melihat seekor buaya sedang dibakar.

Namun, hidangan yang dinamakan sebagai Kompia Buaya (roti tradisional masyarakat Foochow berintikan daging buaya) paling menjadi tarikan di pesta makanan terbesar bandaraya Kuching, Sarawak pada tahun ini.

Sebelum melanjutkan topik ini, penulis ingin mengingatkan kepada umat Islam bahawa hidangan ini tidak halal sama sekali. Memakan daging reptilia seperti buaya adalah haram dan ia dilarang kerana sifat haiwan itu yang hidup dua alam.

Foto: Mstar

Pemilik gerai, Jackie Ling, berkata, sejak hari pertama Festival Makanan Kuching 2018 diadakan pada 27 Julai, semua pengunjung yang lalu di gerainya terkejut namun akan singgah sama ada untuk melihat menu ‘rare’ ini pada jarak dekat.

Katanya, bagi pelanggan bukan Islam, ramai juga yang mencuba Kompia Buaya yang dijualnya pada harga RM10 untuk tiga keping.

“Ada orang suka, ada juga yang takut sebab kali pertama melihat seekor buaya depan mata. Tetapi, ramai juga yang teruja untuk mencubanya,” katanya.

Foto: Mstar

Jackie, 28, yang kali pertama menjual Kompia Buaya juga tidak menyangka ia menjadi rebutan pengunjung dengan 300 hingga 450 keping roti mampu dijual setiap hari.

Jelasnya, Kompia Buaya adalah menu ‘ala burger’ tetapi daging buaya sedikit keras dan teksturnya seperti daging di bahagian dada ayam.

“Semasa Festival Makanan Kuching tahun lepas, saya ada juga jual daging buaya tetapi ia digoreng.

“Kali ini, saya cuba jual Kompia Buaya pula dan tidak sangka, begitu ramai orang menyukainya,” katanya sambil memberitahu spesis buaya yang digunakan untuk hidangan ini adalah buaya air masin atau Crocodylus Porosus.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Al-Fatihah, Meninggal Dunia Sewaktu Mengundi

Temu ajal sewaktu beratur untuk mengundi . Salam Takziah buat kami

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]

Featured Tue, 22 Aug 2023

A.Galak Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ini Teguran ‘Pedas’ Yusof Haslam

Haa, kan dah kena sound dengan Datuk tu👍👍👍

Featured Wed, 28 Jul 2021

“Jangan Buang Masa”- Redza Minhat Mahu Golongan Antivaksin Dipulaukan

Setelah timbul pelbagai isu mengenai golongan antivaksin dalam kalangan selebriti tempatan sendiri, pelakon Redza Minhat mengambil pendekatan dan memberi nasihat agar orang ramai  memulau golongan ini. Menerusi laman Twitternya, Redza menulis bahawa gologan seperti ini […]

error: Content is protected !!