Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 18, 2018 @ 9:45am

Cabaran Berat Bermula 4 Ogos, Good Luck Alvin Chong!

Selepas dua minggu berfikir, pelakon Alvin Chong akhirnya menerima tawaran untuk mengacara program realiti bertajuk, I Can See Your Voice Malaysia. Tidak keseorangan, Alvin bakal bergandingan dengan Shuk Sahar.

Mengaku agak gementar untuk mengacara program berbentuk hiburan ini, Alvin pada mulanya berniat menolak tawaran tetapi bertukar fikiran atas sebab tertentu.

“ Saya boleh memperbaiki percakapan saya dalam Bahasa Melayu sekaligus mencabar diri ini untuk mengacara.

“ Pada mulanya memang tak yakin tetapi atas semangat dan sokongan rakan sekeliling termasuk pihak penerbit, saya terima,” katanya.

Alvin mengaku untuk tiga episod pertama, ada sedikit kesilapan ketika mengacara tetapi dia berjaya mendapat ‘rentak’ dan mula selesa selepas itu.

“ Shuk dan Jihan Muse merupakan penyiasat tetap dalam rancangan yang diadaptasi daripada Korea Selatan itu. Mereka banyak beri tunjuk ajar kepada saya termasuklah cara ‘membahan’ artis jemputan,” katanya dalam nada berlawak.

Majlis pelancaran I Can See Your Voice Malaysia diadakan di The Starling Mall, Damansara semalam. Program ini bakal bersiaran pada 4 Ogos ini, jam 8.30 malam di saluran NTV 7.

Menarik setiap episod, enam orang penyanyi misteri diperkenalkan dan artis-artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang pada setiap pusingan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Jun 2023
Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Featured Wed, 22 Jan 2025

[VIDEO] Kena Kecam, Warganet Dakwa Sophia Albarakbah Sengaja Tayang Lur*h

Ini bukan kali pertama Sophia tepalit dengan isu sama membabitkan penampilannya.

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Hiburan Fri, 18 Jan 2019
Featured Tue, 4 Oct 2022

[VIDEO] Tidak Tahan Bekas Isteri Teruk Dikecam, Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Perceraian – “Saya Tak Jujur”

Bukan mudah seorang lelaki untuk turunkan ego dan mengaku salah sendiri, respect!

Hiburan Thu, 23 Jan 2025
Hiburan Fri, 20 Jun 2025
error: Content is protected !!