Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 1, 2025 @ 2:47pm

“Cakap, Fikir & Doa Yang Baik-Baik” – Fattah Amin Sifatkan Luahan ‘Fatima Tak Sayang Daddy’ Kerana Merajuk

“Fatima baru berusia 4 tahun, kita tak boleh jangka apa dia cakap. Saya rasa itu normal, mungkin dia merajuk.”

Demikian penjelasan pelakon Fattah Amin yang menyifatkan reaksi anak perempuannya, Nur Fatima Aisya sebagai perkara normal.

Respons Fatima yang mengatakan dia ‘tidak menyayangi daddy’ dalam sebuah sesi siaran langsung TikTok bersama aktres Nur Fazura mencuri perhatian ramai.

Menurut pelakon drama bersiri Lelaki Melayu Terakhir itu, perkara yang diluahkan anaknya adalah disebabkan dia merajuk dan apa yang terkeluar daripada mulut Fatima yang baru berusia empat tahun tidak dapat dijangka.

Baru sahaja bertemu Fatima pada Jumaat, Fattah memaklumkan puteri kesayangannya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi seperti didakwa malah dia bersikap manja.

“Saya baru sahaja bertemu dengan Fatima. Bila kami berjumpa saya tak nampak reaksi seperti dalam video yang tular malah kami banyak berbual.

“Walaupun sekarang tidak seperti dahulu, namun hubungan kami masih kuat. Saya tak nampak ada jurang di antara kami.

“Saya dan Fazura juga sebaik mungkin cuba buat Fatima faham dengan situasi sekarang,” katanya.

Fattah ditemui XTRA pada majlis Meet and Greet bersama duta Jakel yang berlangsung di Jakel Shah Alam, sebentar tadi.

Tidak meletakkan kesalahan pada mana-mana pihak yang memuat naik video tersebut sehingga ia viral dan diperkatakan ramai, Fattah berharap tidak timbul sebarang spekulasi yang berbangkit gara-gara isu terbabit.

“Saya tak tahu apa niat orang yang upload video tersebut. Harap tiada lagi kecaman. Cakap baik-baik, fikir baik-baik dan doa yang baik-baik,” luahnya lagi.

Sekadar info, Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Perkahwinan antara Fattah dan Fazura tidak berkekalan apabila bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 26 Aug 2022

Pertahankan Warisan & Alam Semulajadi, Alena Murang Berkarya Dalam ‘Put Burui’

Alena Murang merupakan pemuzik sape’ profesional wanita yang pertama 😍

Featured Thu, 2 Oct 2025

Kapsyen Curi Perhatian, Alif Satar Kongsi ‘Teguran Sentap’ – “Cinta Dunia Tapi Takut Mati…. Itu Kita Lah!”

Menerusi kapsyen pendek itu, Alif berkongsi petikan hadith Nabi SAW yang sarat dengan peringatan.

Featured Tue, 25 Oct 2022
Featured Wed, 15 Jan 2025

Kongsi Foto Bekas Tunang, Sufian Suhaimi Siap Tinggal Kapsyen ‘Sweet’ – “Masya-Allah Sayangku”

penyanyi Sufian Suhaimi sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi foto bekas kekasihnya.

Featured Fri, 1 Oct 2021
error: Content is protected !!