Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal August 28, 2019 @ 1:58pm

Cara Daftarkan Alamat Di Google Map

Tercari-cari cara bagaimana mendaftarkan alamat rumah, pejabat, perniagaan atau apa saja alamat lokasi di google map ? 

Bagaimanapun, anda digalakkan mendaftarkan alamat baru di google dengan menggunakan handpone atau telefon pintar. Mengapa ? Fungsi “Location” yang terdapat pada telefon anda amat membantu dalam mendapatkan koordinat yang tepat akan lokasi alamat anda.

SEBELUM MENDAFTARKAN ALAMAT LOKASI ANDA DI GOOGLE MAP, ANDA PERLU:

  • Pastikan fungsi “location” telefon pintar anda diaktifkan
  • Anda perlu berada tepat di lokasi atau tempat yang anda ingin daftarkan di google map.
  • Sediakan gambar untuk lokasi yang ingin anda letak alamat baru.

Gambar berikut mungkin membantu bagi tujuan pengaktifan fungsi “location”:

:

Seterusnya..anda juga perlu memuat turun aplikasi google map di google play store. Sila muat turun: aplikasi google map dengan melakukan carian di google play store.

Klik pada aplikasi “Maps-Navigate & Explore”, kemudian tekan butang “Install”.

Setelah proses muat turun selesai…sila buka aplikasi google maps yang berjaya dimuat turun tadi:

Anda akan dibawa masuk ke lokasi di mana anda berada seperti dalam contoh paparan berikut:

 

Kemudian klik pada penjuru atas sebelah kanan telefon pintar anda seperti yang ditandakan dengan kotak berwarna merah dalam gambar berikut:

Kemudian, paparan berikutnya akan muncul. Skroll kebawah, kemudian sila klik “Add a missing place” seperti dalam gambar berikut:

Paparan berikutnya akan muncul:

Isikan:

  • Name: Nama lokasi anda (contoh: Kedai Mee Balabax Sedap)
  • Address: Alamat lokasi anda (Kedai Mee Balabax, Jalan Hitam Legam, 89001 Tenom, SABAH)
  • Category: Ada pilihan kategori, anda boleh pilih…sekolah..perniagaan..rumah..dan sebagainya

Skrool kebawah lagi untuk paparan berikutnya:

  • Select day and hour: Tak perlu isi, biarkan kosong.
  • Phone: Masukkan no telefon rumah,pejabat atau sebagainya bergantung kepada jenis tempat yang anda ingin daftarkan alamat. Atau boleh biarkan kosong sahaja.
  • Official website: masukkan url website untuk tempat yang ingin anda daftarkan jika ada (contoh: http://supbalabax.com)
  • Photo: Masukkan gambar premis yang anda ingin daftarkan alamatnya. Klik butang yng bertanda “+”.

Penting: pastikan anda telah mengisi pada semua ruangan yang ditandakan dengan “*”

Akhir sekali, sila klik butang pada sudut sebelah kanan seperti dalam gambar berikut:

Anda kemudiannya dibawa ke paparan seperti berikut:

Terus sahaja pilih “SUBMIT ANYWAY”.

Paparan seperti berikutnya akan muncul:

Anda kini telah berjaya mendaftarkan alamat di google map dengan lengkap.

Sila klik butang “DONE”

Ianya mengambil sedikit masa untuk alamat baru yang anda daftarkan tadi ke google map untuk muncul pada sistem carian maps google. Biasanya masa yang diambil kurang daripada 24 jam selepas proses pendaftaran alamat baru dilakukan.

Pihak google akan menghantar mesej pemberitahuan ke emel anda apabila proses “pengemaskinian” alamat kini selesai

Sumber: infosantai.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 24 Jan 2018

Terjemahkan Bahasa Asing Tanpa perlu Berpindah Aplikasi

Cara – cara untuk anda optimum kan penggunaan Google Translate, yang mana setiap perkataan atau ayat dalam bahasa asing boleh terus diterjemahkan pada Sebarang aplikasi yang kita gunakan seperti Whatsapp, Telegram dan lain -lain lagi.

TECH Thu, 31 May 2018

5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

Apakah itu “Bezel-less”? 

TECH Thu, 23 Nov 2017

Cara Menukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Tips kali ini khusus kepada anda yang inginkan kelainan dalam paparan peranti iPhone. Mungkin juga ada sesetengah pengguna yang tidak suka apa dengan paparan yang putih dan terlalu cerah. Berikut kami kongsikan kaedah untuk menukarkan […]

TECH Wed, 25 Jul 2018

Tips Jimat Ruang Pada Gajet

Cara-cara untuk menjimatkan ruang pada smartphone atau gadget anda.

TECH Thu, 3 May 2018

Switch竟涉嫌抄袭!任天堂在美国受到起诉

去年八月,美国配件厂商Gamevice就起诉日本任天堂抄袭了他们Joy-Con手柄可拆卸设计,并要求任天堂不得在美国境内出售Switch主机;而这起诉讼日前也有了新的进展……

TECH Fri, 6 Jul 2018

Kiriman Tweet PlayStation Russia Cetus Tanda Tanya Kepada Peminat

Ura-ura berkenaan konsol PlayStation 5 telah beberapa kali kedengaran sepanjang tahun ini. Bagaimanapun, ura-ura berkenaan seperti tidak mahu dilayan oleh pihak Sony apabila mereka jarang sekali mengeluarkan kenyataan berkenaan PS5. Malah, mereka tidak menyebut langsung […]

TECH Mon, 7 May 2018

Jenis-Jenis Skrin Telefon Pintar Dan Kelebihan Mereka

Di zaman teknologi yang penuh dengan peranti canggih, pelbagai jenis telefon pintar dikeluarkan oleh pengeluar telefon pintar seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadi pengeluar peranti pintar yang terbaik di antara semua.

TECH Fri, 23 Aug 2019

3 Aplikasi Muat Turun Video Terbaik Untuk Android

Suka muat turun video dari Facebook, Instagram dan Youtube, apa kata muat turun aplikasi ini

TECH Thu, 5 Jul 2018

Razer Huntsman Dengan Suis Mekanikal Cahaya Yang Lebih Pantas

Papan kekunci mekanikal telah lama berada di pasaran dengan papan kekunci IBM Model M diingati sebagai bapa papan kekunci mekanikal moden dengan penggunaan teknologi suis ikonik, buckling spring pada ketika itu membuatkan pengalaman menaip di atasnya lebih […]

error: Content is protected !!