Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal January 19, 2020 @ 11:24am

Cara Memadam Akaun Google Sepenuhnya

Kebanyakkan pengguna di luar sana secara automatiknya perlu mencipta akaun Google bagi melakukan pelbagai perkara.

Tidak hanya untuk menghantar dan menerima e-mel, tetapi juga untuk pelbagai urusan lain termasuklah memuat turun aplikasi, menguruskan kata laluan dan akaun serta bermacam lagi perkara-perkara penting yang melibatkan urusan di internet.

Walaubagaimanapun, mungkin atas sebab tertentu atau ringkasnya anda dah ‘menyampah’ dengan Google, anda membuat keputusan untuk keluar dari Google.

Dengan kata lain anda tidak mahu lagi  mempunyai sebarang kaitan dengan Google. Satu-satunya cara bagi anda keluar dari kongkongan Google adalah anda perlu memadam akaun Google sepenuhnya.

Memadam akaun Google bermakna sebarang kandungan data yang disimpan di dalam Google Drive, Google Calendar, Google Photos, G-mail atau apa sahaja servis yang ditawarkan Google kepada anda sebelum ini akan terpadam sepenuhnya.

Anda tidak lagi boleh mendaftar dengan YouTube, mengakses bagi memuat turun aplikasi dari Play Store, membeli muzik, buku dan rancangan TV yang ditawarkan Google.

Ringkasnya, anda tidak lagi boleh menggunakan semua servis yang ada ditawarkan Google.

Jadi, sekiranya anda dah bersedia untuk memadam akaun Google anda sepenuhnya, berikut adalah langkah-langkahnya.

Padam akaun Google sepenuhnya

1. Pertama sekali, anda perlu log masuk terlebih dulu ke dalam akaun Google anda. Selepas log masuk, klik pada ikon Google App (kotak merah) seperti rajah di bawah dan klik pada Account (kotak ungu).

2. Di Google Account ini, anda pilih kategori Data & Personalisation.

3. Seterusnya, di bawah kategori ini skrol ke bawah sehingga anda nampak bahagian Download, delete or make a plan for your data.

Di bahagian ini juga anda boleh memuat turun kesemua data-data yang ada di dalam akaun Google dengan memilih pilihan Download your data (lihat kotak hijau) sebelum memadam akaun tersebut .

 

Bagi memadam servis atau akaun Google, pilih Delete a service or your account.

4. Kemudian, pilih Delete your Google Account seperti rajah di bawah.

5. Bagi memadam akaun Google, anda akan diminta sekali lagi memasukkan kata laluan akaun Google tersebut.

6. Selepas itu, anda akan di bawa ke peringkat akhir bagi menyelesaikan proses memadam akaun Google tersebut.

Di sini juga anda masih lagi berpeluang memuat turun data-data akaun Google anda dengan klik pada pautan download your data (kotak hijau).

Seterusnya, bagi melengkapkan proses memadam akaun Google sepenuhnya, tandakan pada 2 kotak di bawah (kotak merah).

Selesai membaca dan memahami segala yang dinyatakan di bahagian akhir ini, anda bolehlah klik pada butang DELETE ACCOUNT.

7. Selepas kliknya butang itu menandakan anda telah berjaya memadam akaun Google anda sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, jika tiba-tiba anda menyesali tindakan itu, anda masih boleh mendapatkan semula akaun Google anda. Tetapi ia perlu dibuat dengan kadar segera sebelum proses memadam akaun Google tersebut selesai sepenuhnya.

Untuk itu, anda perlu klik pada pautan Account support bagi mendapatkan bantuan Google.

Sekian.

Sumber: wiser

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 25 Apr 2018

佛珠也能高科技!宏碁智慧佛珠正式推出

从来不介意乱点科技树的宏碁,之前就有与宗教界合作的前例,现在更是将脑筋动到了佛珠上,在今天发表了「宏碁智慧佛珠(Leap Beads)」,来做为独门的「高科技化」穿戴产品。

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
TECH Fri, 13 Jul 2018

雨天神器「漂浮雨伞」空出双手自拍都没问题

有时拿东西或抱小孩,又要同时空出只手来撑伞真的麻烦透顶,有个魔术师从他的街头表演中挤出灵感,想让他所使用的「漂浮雨伞」真的量产,在市面上推出这种商品让大家都能买到,是不是很棒呢?

TECH Sat, 3 Feb 2018

Infotech: 4 Cara Virus Boleh Menjangkiti Sesebuah peranti

Pernahkah PC anda diserang Virus dan Malware? Virus dan Malware sememangnya sinonim kepada pengguna PC jenis Windows.

TECH Mon, 6 May 2019

成人内容回归Tumblr有望? Pornhub透露有意收购

近期Verizon计画出售社群平台Tumblr,Pornhub透过媒体表示有意收购。

TECH Sat, 25 May 2019

Apple iOS 12.3.1 sedia untuk dikemaskini

Apple telah melepaskan kemas kini terbaru bagi peranti iOS ia adalah bagi membaiki isu yang menghalang pengguna daripada membuat atau menerima panggilan.

TECH Mon, 2 Sep 2019

Nak Tahu Siapa Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen

ini diantara cara-caranya . Selamat mencuba

TECH Tue, 9 Oct 2018

Menarik! Jom Ubah Suara Pada Whatsapp

Berikut kami kongsikan cara untuk mengubahnya kepada jenis suara yang unik dan lucu. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Fri, 8 Jun 2018

Sunting Gambar Berwarna Dengan Latar Belakang Hitam Putih

Artikel kali ini akan menunjukkan cara mudah membuat suntingan gambar berwarna dengan latar belakang hitam putih.

Automobile Wed, 31 Jan 2018

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher secara tidak di rancang

error: Content is protected !!