Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom March 19, 2019 @ 4:00pm

Cara mudah menjaga aksesori berbatu, anda hanya memerlukan pengilat kuku! 

Diskriminasi terhadap aksesori biasa berlaku dalam kalangan wanita. Bentuk diskriminasi apakah yang dimaksudkan ini?

Biasanya, wanita akan lebih teliti dan cermat apabila memiliki aksesori yang diperbuat daripada emas atau batu permata tulen, malah akan memastikan aksesori itu disimpan rapi.

Tetapi, bagi aksesori yang dicelup atau batu tiruan, ramai yang tidak begitu peduli bagaimana kaedah untuk menyimpan aksesori berkenaan. Apabila hendak digunakan barulah bergegas mencari aksesori berkenaan. 

Jangan pandang rendah pada aksesori murah! Jika anda bijak menggayakan dan pandai menjaganya, yang murah juga boleh tampak mahal. 

Bagi penggemar aksesori berbatu, Hijab & Heels ingin berkongsi panduan bagaimana anda boleh mengekalkan kilauannya sekali gus membuatkan ia tidak mudah tertanggal. 

1. Pengilat kuku

Foto: ThriftyFun

Anda cuma memerlukan sebotol pengilat kuku lut sinar dalam simpanan.  Sapuan pengilat kuku lut sinar bertindak sebagai gam supaya batu pada aksesori tidak mudah jatuh. 

Selain itu, ia memberikan impak berkilau sekali gus batu lebih bersinar!

2. Bekas khas

Foto: Souq.com

Bagi memelihara warna aksesori agar tidak mudah luntur, sediakan bekas khas untuk aksesori anda. Asingkan aksesori emas dan perak. Lebih elok disimpan dalam bekas yang bertutup supaya udara tidak mudah masuk dan mengurangkan tidak balas pengaratan daripada berlaku.

3. Gel Silika

Foto: Missouri Poison Center

Jika anda beli kasut atau beg, periksa dalam kotak kasut dan dalam beg. Pasti ada gel silika yang digunakan untuk menyerap kelembapan supaya tidak mudah berkulat. Ambil gel silika itu dan letak dalam tempat penyimpanan aksesori.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 28 Jun 2018
Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

7 Tip Pilih Kaca Mata Hitam Supaya Nampak Gorgeous!

Hujung minggu ini ada public holiday sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pasti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Bagi yang mencari-cari kaca mata baru untuk digayakan ketika bercuti nanti, semak tip berikut.

Oh Lawa Thu, 22 Mar 2018

Idamkan Bentuk Kening Yang Menawan? Ikuti 4 Langkah Ini, Pasti Jadi

Kening ibarat bingkai wajah. Jika solekan kening tidak seimbang, samalah seperti kita melihat potret yang senget!

Featured Wed, 6 May 2020

Cetakan eko rakam keindahan alam pada fabrik

Unik dan tanda sokongan pada alam

Featured Thu, 1 Nov 2018

Wanita Ini Buta Selama 2 Jam Setelah Memakai Bulu Mata Palsu

Eh, bukan ke prosedur kecantikan ini dah biasa orang buat?

Featured Wed, 20 Nov 2019

Bandar raya lestari inspirasi koleksi terbaharu Uniqlo Malaysia

Penuhi keperluan jangka masa panjang pengguna

Oh Lawa Mon, 24 Jun 2019
Oh Lawa Thu, 31 May 2018

Kempen ‘Jakel Barulah Raya’ Tampilkan Koleksi Raya Daripada Duta Selebriti Terkenal

Anggunkan lagi penampilan Syawal anda dengan koleksi lebaran daripada Jakel.

Featured Mon, 17 Feb 2020
Featured Mon, 18 Nov 2019

15 gaya penampilan Beyoncé yang paling mempersonakan dalam dekad ini

Queen Bey bukan saja berbakat malah pandai bergaya.

error: Content is protected !!