Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri November 9, 2018 @ 3:51pm

Beli Telefon Baru Tapi Bingung Nak Pindahkan Perbualan Lama? Info Ini Mungkin Membantu!

Satu perkara yang sering kali ditanya berkenaan aplikasi pemesejan ini adalah bagaimana cara untuk memindahkan perbualan ke telefon baru kamu. Caranya sangat mudah kerana data sandaran WhatsApp disimpan pada Google Drive.

Bagi yang tidak tahu apa itu Google Drive, ia adalah perkhidmatan storan awan (cloud storage) dimana anda boleh akses segala data yang disimpan dimana-mana jua peranti, asalkan bersambung dengan internet.

Untuk pastikan segala mesej WhatsApp anda di backup oleh Google Drive, pergi ke Menu > Settings > Chats > Chat backup. 

 

 

Pada paparan terakhir seperti gambar dibawah, anda akan melihat waktu terakhir data perbualan anda dibackup mengikut lokasi.

Local membawa maksud data backup berada dalam memori telefon, dan Google Drive bermaksud data disalin pada storan awan.

Sistem backup ini boleh ditetapkan mengikut kemahuan anda, sama ada secara harian, mingguan, atau bulanan.

Bahagian Account menunjukkan alamat e-mel kepada Google Drive.

Jadi sebelum tukar ke telefon yang baru, pastikan anda tekan butang hijau Backup dan biarkan proses menyalin data dibuat terus ke Google Drive.

Pada telefon baru, anda perlu masukkan e-mel seperti yang ditetapkan pada WhatsApp. Selepas buka WhatsApp kali pertama, selesaikan proses daftar nombor telefon, akan muncul paparan seperti dibawah.

Dari kiri ke kanan

Aplikasi akan mencari carian data backup pada Google Drive. Jadi sangat penting untuk anda gunakan e-mel yang sama.

Selepas itu, data akan disalin masuk kedalam telefon baru dan apabila proses siap, anda boleh lihat semua perbualan yang terdahulu.

Mudah bukan? Jadi jangan risau kehilangan perbualan WhatsApp apabila bertukar ke telefon yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Salam Takziah…Ibu Issey Meninggal Dunia

Issey Fazlisham, Asiah Haron meninggal dunia kira-kira jam 3.40 petang tadi akibat serangan jantung.

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Peristiwa Hitam Masih Menghantui Nina Iskandar

Dia tidak mahu meletakkan sebarang status terhadap hubungan tersebut. Mungkin peristiwa lepas masih menyebabkan Nina trauma untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Featured Tue, 10 May 2022
TECH Tue, 23 Jan 2018

Cara Edit Foto Background Bergerak di Android

Dengan cara ini tidak payah susah-susah mengambil gambar banyak kali

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Automobile Mon, 14 May 2018

Fast Lane开太慢原来是会收到传票的!

爱在 Fast Lane 慢慢思考人生的朋友们,这篇文章是专为你们而写的!

Featured Sun, 26 May 2024

“Lelaki Kalau Dengar Nama Saya Semua Risau…” – Raja Azura

Sabarlah Kak Engku, kalau dah nama jodoh pasti bertemu jua nanti🥰🥰🥰

error: Content is protected !!