Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 29, 2018 @ 2:40pm

Klon Allahyarham A. Ramlie Janji Teruskan Perjuangkan Pop Yeh Yeh

Biarpun baru berusia 31 tahun, ia langsung tidak menghalang penyanyi A. Rozainie untuk memperjuangkan irama Pop Yeh Yeh.

Akui lelaki ini, minatnya terhadap genre malar segar ini berputik sejak di bangku sekolah lagi. Malah, dengan irama pop yeh yeh juga dia masih aktif di pentas nyanyian.

“ Sejak kecil lagi, saya sudah biasa di acara pertandingan atau pertunjukan pentas. Malah sejak di bangku sekolah lagi iaitu semasa membesar di Triang Hilir, Pahang, saya juga sering menyanyi di Fun Fair. Pendek kata apa jua pertandingan ketika dulu, saya pasti membawakan lagu-lagu Allahyarham A. Ramlie.

“ Sumber rezeki saya juga melalui lagu bergenre pop yeh yeh. Syukur Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui di konsert Pop Yeh Yeh di Istana Budaya, sabtu lalu.

A Rozainie yang juga dikenali sebagai klon Allahyarham A Ramlie kerana memiliki suara seakan-akan penyanyi lagend itu memberitahu dia pernah menghasilkan album sebelum ini.

“ Sekitar tahun 2006 hingga 2009, saya pernah menghasilkan album pertama di Singapura. Selepas itu saya pulang ke Malaysia dan menghasilkan album Fatimah Pujaanku.

 “ Maklum balas sangat baik. Saya juga bakal tampil dengan album terbaharu bertajuk Suratan Hidupku. Insya Allah, album penuh akan berada di pasaran bermula tahun depan,” katanya.

A Rozaini turut menyampaikan lima buah lagu pada konsert pop yeh yeh seperti Kenangan Mengusik Jiwa, Oh Fatimah, Itulah Sayang, Jauh Dikenang Dekat Disayang, Cahaya Bulan Di Air Tenang dan Hidup Bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Mana Ada Hilang, Elly Cuti Panjang

Lakonan Elly Mazlein dalam drama Teratai Kemboja memang akan buatkan kita geram, rasa macam nak masuk dalam TV dan ketuk kepada dia pun ada kan? Begitu hebatnya impak yang disampaikan oleh pelakon berusia 38 tahun […]

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

LEAD SINGER OF THE CRANBERRIES, DOLORES O’RIORDAN SUDDENLY PASSES AWAY

Yet another fallen angel. May she rest in peace.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Kongsi Wajah Tahan Kontraksi, Elfira Tetap ‘Cute’

Tahan kontraksi pun comel. Macam mana tu?

Hiburan Wed, 1 Jun 2022
Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Wed, 31 Oct 2018

AMOi-AMOi叹《就爱自拍》MV重拍2次像流产落胎

历经一波三折,AMOi-AMOi终于推出《就爱自拍》最新MV!迟了3个月才推出的成品,让成员直呼心情像流产般失落。

error: Content is protected !!