Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 22, 2018 @ 9:23am

CEO OnePlus Akui Model OnePlus X Merupakan Produk Yang Gagal

OnePlus terkenal dengan jolokan flagship killer dimana hadir dengan peranti berspesifikasi tinggi tetapi dijual pada harga yang berpatutan.

Cubaan melebarkan sayap dalam pasaran pertengahan pada 2015 melalui OnePlus X, dilihat tidak seperti apa yang dirancang kerana gagal menambat hati pembeli.

Pete Lau, Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus ketika menjawab soalan daripada peminat pada sebuah wawancara menyedari model OnePlus X sebuah produk yang gagal.

OnePlus X. Kami merancang untuk mencipta sebuah produk terbaik dalam kelas pertengahan, dan walaupun komuniti menyukai rekabentuk dan menggangap ia sangat cantik, tapi kebanyakkan peminat masih memilih peranti flagship. ujar Lau.

Jelas beliau lagi, kegagalan OnePlus X umpama memberi petunjuk supaya syarikat itu hanya mengeluarkan perantiflagship sahaja.

 

OnePlus X tampil membawakan spesifikasi seperti skrin paparan 5 inci HD penuh, RAM 3GB bersama storan dalaman 16GB serta dipacu dengan cip Snadragon 801. Penghasilan peranti ini dihentikan kurang dari tempoh setahun ia dilancarkan kerana sambutan dingin daripada peminat.

Lau juga menyatakan syarikatnya tidak bercadang untuk mengeluarkan model pengganti OnePlus X atau model kelas pertengahan yang lain dalam masa 3 tiga tahun kehadapan.

Selain itu, Lau turut menyatakan OnePlus dalam usaha membangunkan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar dan ujian berterusan akan dilakukan sehingga ia mampu dilengkapkan pada model OnePlus masa hadapan.

Sumber: Forum OnePlus

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 10 Jul 2018

Alpha Universe – Hab Informasi Bagi Pengguna Kamera Sony

Sony merupakan syarikat yang mempunyai pelbagai jenis barisan produk. Dari televisyen, laptop, konsol permainan video dan banyak lagi. Ia termasuklah kamera. Sony juga adalah antara pengeluar terkemuka bagi peranti kamera terutamanya kamera DSLR. Bagi memastikan mereka terus […]

TECH Fri, 25 May 2018

9 Cara Untuk Tambah Storage iPhone Anda Secara Percuma

iPhone anda tu hanya ada storan 16GB saja! Macam mana nak tambah storage dengan percuma ,jom baca tips ini

TECH Fri, 31 Jan 2020

Cara Memasukkan Paparan “Kredit” Pada Power Point

Kepada anda yang menggunakan perisian power point bagi tujuan kerja ataupun pelajar. berikut kami kongsikan cara untuk memasukkan paparan animasi kredit pada slaid power point. Pertama sekali klik pada menu berikut. Cursor tetikus anda akan […]

TECH Wed, 11 Jul 2018

Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up

Tetapan tiga kamera mula mendapat perhatian selepas Huawei memperkenalkan model P20 Pro yang dilengkapi 3 lensa dari Leica. Ramai beranggapan ia perubahan yang besar untuk tahun ini tetapi beberapa bulan selepas itu, Vivo serta OPPO […]

TECH Sat, 17 Aug 2019

Hardisk Pun Kena Ada Kata Laluan Ya!

Sekarang ini walaupun simpan data dalam hardisk pun boleh kena curi , Jadi lebih baik lindungi dengan adanya kata laluan

TECH Fri, 16 Mar 2018

Cara Membuka Fail PDF Yang Terkunci

Pernahkah anda mengalami masalah untuk membuka fail PDF yang terkunci? Berikut kami kongsikan kaedah mudah untuk membuka fail PDF yang terkunci. Pertama sekali, masuk ke laman sesawang crackmypdf.com   Setelah itu, klik Choose File dan pilih file PDF yang ingin […]

Automobile Sun, 9 Feb 2020

每月从最低68令吉起电讯配套*就能快人一步体验华为Mate 30 Pro 5G

配合全马首款获得SIRIM认证的5G手机「华为Mate 30 Pro 5G」诞生,本地多家电讯公司推出优惠配套,让大众抢先体验5G手机的高科技!

Automobile Sun, 6 May 2018
TECH Fri, 14 Sep 2018

Cara Mudah Untuk Membaik Pulih Gambar Lama

Ingin mencantikkan semula gambar lama anda?Cubalah cara ini.

TECH Sun, 29 Sep 2019

Berkongsi Instagram Stories Dengan Close Friends Sahaja

Rupanya IG stories pun ada closed friends

error: Content is protected !!