Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal November 11, 2019 @ 7:09pm

China Dah Mula Teroka 6G Sedangkan Yang Lain Baru 5G

Ketika seluruh dunia sedang bersiap sedia untuk menggunakan perkhidmatan kelajuan internet 5G, China sudah memandang lebih kehadapan dengan memikirkan rangkaian penyambungan tanpa wayar terbaru iaitu 6G.

Kementerian Sains dan Teknologi China mengumumkan pada 6 November lalu bahawa ia telah membentuk dua pasukan untuk melakukan penyelidikan dan kajian 6G. Satu pasukan terdiri daripada jabatan kerajaan yang akan bertanggungjawab menerusi pelaksanaan teknologi 6G, manakala yang lain terdiri daripada 37 pakar dari universiti, institusi sains dan perusahaan yang akan memberikan nasihat teknikal untuk keputusan utama kerajaan pada 6G.

5G dan 6G adalah merujuk kepada generasi kelima dan keenam rangkaian tanpa wayar. Walaupun telah diketahui 5G mempunyai kelajuan data sekurang-kurangnya 10 kali ganda lebih besar daripada 4G, masih terlalu awal untuk mengetahui apa yang boleh diberikan oleh 6G.

Kementerian di China juga berkata ia bertekad untuk meletakkan asas bagi pembangunan 6G. Teknologi itu juga harus dianggap sebagai keutamaan pada tahap yang terpenting untuk pembangunan negara. Kementerian akan memulakan draf pelan untuk membangunkan 6G serta meneroka aplikasi teknologi yang sesuai.

Sumber: Gadgetnow.com &  Quartz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 16 Dec 2018

Naik Taraf Kamera iPhone Anda Dengan 3 Lensa berikut

Inginkan gambar lebih cantik, ini antara lensa camera yang boleh digunakan pada Iphone.

TECH Tue, 11 Dec 2018

Cara Unfollow Akaun yang Tidak Followback di Instagram

Berharap untuk memadamkan banyak akaun sekaligus yang tidak mengikuti Instagram kita kembali. Anda boleh menggunakan kaedah berikut.

TECH Tue, 9 Jul 2019

Tips Mengemas rapikan Post Instagram di Android

  Instagram adalah salah satu media sosial yang paling banyak digunakan dalam generasi sekarang. Sudah tentu ia adalah satu perkara yang membanggakan jika anda berjaya menghasilkan makanan Instagram atau garis masa yang menarik dan kemas […]

TECH Sat, 5 Oct 2019

Lebih Setahun Di Dalam Sungai,iPhone Di Temui Dalam Keadaan Baik

iPhone tersebut dipulangkan semula kepada pemiliknya.

TECH Tue, 1 May 2018

Tips Membaik Pulih Gambar Lama

Menyimpan gambar-gamabr lama sememangnya mempunyai satu nilai nostalgia yang tidak terhingga terutamanya gambar-gambar hitam putih zaman datuk nenek kita.

TECH Sat, 25 Nov 2017

Asli Atau Palsu? Cara Menguji Keaslian Telefon Pintar Anda

Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada peranti yang anda miliki selama ini adalah asli atau pun palsu (tiruan)?

TECH Wed, 6 Dec 2017

Cara Menghantar Mesej Whatsapp kepada Nombor Tiada Dalam “Contact”

Pernahkah anda ingin menghantar WhatsApp tetapi kemudian menyedari bahawa nombor tersebut tiada di dalam senarai ‘Contact’ anda?

TECH Tue, 21 Aug 2018

Cara Mengesan lokasi Peranti Yang hilang Menggunakan SMS

Sedang cuba mengesan telefon pintar anda?Cubalah cara ini!

TECH Wed, 7 Nov 2018

每天加班怨叹没人生? 3大APP助你提升效率、准时下班

现代的上班族常常加班,若不想生活都被绑架,快点试试看这3个APP,立刻加速工作效率,助你准时打卡下班!

Automobile Tue, 31 Dec 2019

Lebih Banyak Laluan Khas Motosikal Perlu Dibina

Jika betul ada penambahan lorong motosikal harap dapat kurangkan kemalangan !

error: Content is protected !!