Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 9, 2021 @ 7:39pm

Cipta Sejarah Baru, K-Clique Jalin Kolaborasi Dengan…

Sejarah baru tercipta apabila kumpulan popular, K-Clique, kini menjalin kerjasama dengan syarikat jenama tempatan yang semakin meningkat naik iaitu Todak.

K-Clique, kumpulan hip hop Malaysia yang dianggotai oleh lapan orang anak muda dari Kota Kinabalu, Sabah ini telah ditubuhkan sejak dari tahun 2014.

Namun mereka mula mendapat perhatian meluas pencinta muzik tanah air melalui single keenam yang berjudul Mimpi.

Fenomena luar biasa yang dicetuskan kumpulan ini telah menarik minat Todak untuk menjalinkan kerjasama bersama kumpulan yang dianggotai oleh MK, Noki, Tuju, SoMean, K-Deaf, FareedPF, G-Nello dan NastyNas ini.

Kolaborasi di antara Todak dan K-Clique ini merupakan satu inisiatif baru dalam mempromosikan produk Todak di dalam arena muzik tempatan.

Jenama Todak menaungi beberapa anak syarikat yang memberi fokus yang berlainan seperti Todak Culture (Produk), Todak Studios (Pembangunan Permainan), Todak Fusion (Hiburan dan Pengurusan Acara) dan Todak Academy (Pembelajaran Kontemporari).

Todak juga aktif di dalam membangunkan komuniti-komuniti di Malaysia seperti komuniti sukan permotoran, sukan ekstrem, E-sukan, Kereta RC, berbasikal dan sebagainya.

Menurut pengasas Todak, Khairul Azlan, impak yang diberikan oleh K-Clique terhadap industri muzik tempatan merupakan satu fenomena dan berharap kerjasama yang terjalin diantara mereka akan menjadi kebanggaan bersama kelak.

“Melalui pemerhatian yang rapi, kami lihat K-Clique dan Todak memiliki sinergi yang kuat dan ia membuatkan usaha dan kerjasama ini sangat sepadan.

“Besar harapan kami agar kerjasama dan persefahaman yang dimiliki pada hari ini dapat menjadi batu loncatan bagi kedua-dua jenama untuk terus maju ke hadapan. Kami melihat imej kumpulan K-Clique mempunyai keserasian dengan produk-produk dari Todak”, ujarnya.

Ini bakal dirasai oleh oleh peminat Todak terutama dari penggemar ‘Streetwear’ apabila Todak bakal melancarkan butik cawangannya di SS15 Subang Jaya tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music, Ikmal Fareeq, selain mempromosikan produk Todak, K-Clique juga akan bekerjasama dengan Todak Music dalam menerbitkan lagu terbaru untuk tahun ini termasuklah penghasilan muzik video.

“Pembikinan lagu dan muzik video ini seiring dengan revolusi yang ingin dibawa oleh Todak menerusi kepelbagaian platfom penstriman digital.

“Ini bakal dilihat melalui gabungan kolaborasi idea kreatif dari kedua pihak dalam membawa impak besar kepada industri penjenamaan produk tempatan sekaligus membawa jenama Todak ke peringkat global dengan lebih efektif.

“Kita dah melalui pelbagai perbincangan sejak dari tahun lepas namun terhenti akibat dari kesan Pandemik Covid -19. Kita mensasarkan suku ketiga ( Julai 2021 ) tahun ini bakal membawa fenomena baru buat peminat Todak dan juga K- Clique,” katanya lagi.

Todak juga berhasrat dengan ikatan persefahaman ini dapat meluaskan lagi penguasaan kedua-dua jenama ini agar berada di peringkat yang lebih tinggi dan kawasan jajahan kedua-dua jenama lebih berkembang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Trending Wed, 6 Oct 2021

Julung Kali Diadakan, Undian Anugerah Drama Sangat Kini Bermula!

TV3 bakal melangsungkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama Malaysia pada bulan Disember nanti! Buat julung kalinya, ADS diadakan sebagai sebuah anugerah berprestij untuk meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan kita. […]

Featured Mon, 28 Jun 2021

Bantuan Khas COVID-19 RM800 Buat B40 & RM250 Buat M40 Ogos Ini

Menerusi pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi (PEMULIH) yang disampaikan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini, kerajaan komited untuk terus membantu ekonomi rakyat. Menurut beliau, selain B40, golongan isi rumah dan […]

Featured Mon, 6 Sep 2021
Selebriti Thu, 30 Nov 2023
Trending Tue, 10 Mar 2020

[VIRAL] “Welcome Back Abah!,”- Khairy Jamaluddin Trending Selepas Kembali Jadi Menteri

SELEPAS bebarapa minggu negara kita digemparkan dengan kemelut politik negara, akhirnya perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan jemaah ahli kabinet terbaharu pada Isnin lalu (9 Mac). Ternyata perlantikan jemaah kabinet terbaharu ini mendapat […]

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Wed, 10 Feb 2021

Cara Tukar Kata Laluan Bantuan Prihatin Rakyat Secara Dalam Talian – LHDN

Berita gembira buat pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)! Dalam satu kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan mereka yang ingin menukar kata laluan BPR boleh melakukannya di laman web BPR tanpa perlu ke […]

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

“Saya Terdengar Seorang Wanita Nyanyi Lagu Ku Akui, Suaranya Merdu!” – Hafiz Suip Imbas Momen Berkenalan Dengan Isteri

Menurut Hafiz Suip, hubungan mereka mudah terjalin kerana isterinya memahami kerjayanya dan banyak memberi sokongan.

error: Content is protected !!