Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 11, 2022 @ 8:05pm

COVID-19: Kes Baharu Lepasi Paras 20,000, Malaysia Ambil Langkah Cermat Sebelum Isytihar Fasa Endemik

Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan selepas 20,939 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,996,361 kes.

Justeru itu Menterinya, Khairy Jamaluddin memaklumkan,  dengan kadar peningkatan ini kerajaan akan mengambil langkah berhati-hati dan cermat sebelum mengisytiharkan negara beralih ke fasa endemik seperti yang dilaksanakan beberapa negara.

“Saya dan Tan Sri Ketua Pengarah (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) konservatif dalam hal ini, ada kata kami sangat konservatif, (namun) bagi kami, lebih baik bertindak berhati-hati berbanding menyesal di kemudian hari.

“Kita kena tengok gelombang Omicron di hospital kita yang mana ketika ini 99 peratus ada gejala ringan, tapi kita teruskan pendekatan tak perlu ikut Sweden atau Denmark,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai diminta tidak panik mengenai peningkatan kes melebihi paras 20,000 hari ini memandangkan ia berbeza dengan kes yang dicatatkan pada Ogos tahun lalu.

“Jangan tengok bilangan kes, kena tengok keseriusan sehingga kita minta laksanakan sekatan pergerakan (sebelum ini). Kes sekarang 99 peratus bergejala ringan dan kategori satu, hanya 0.5 peratus kategori empat dan lima dan mereka sudah mendapatkan rawatan. Ini dapat diatasi dengan baik,” jelasnya.

Sementara itu, KKM menjangkakan ada peningkatan kemasukan ke hospital namun, KKM akan terus memantau serta memberikan butiran perkembangan kes setiap hari.

 

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Oct 2018

Pemuda Ini Menangis Meminta Allah Permudahkan Rezeki Selepas Solat, Tiba-Tiba…

Betul la RM 1000. Dulu arwah mak aku pesan, mana orang atau ustaz yang jadi khalifah buat Yassin dan tahlil kat dia, bagi duit RM 1000. So, aku bagilah…

Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!

Featured Wed, 24 Nov 2021

Jaga-Jaga! Ops Sedar JPJ Untuk Pemantauan Insurans Kenderaan Bermula Hari Ini.

Bermula 24 November (Rabu), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bagi memantau penggunaan insurans perlindungan kenderaan bermotor. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang […]

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Guess Who are The Most Listened-to KPOP Artists in 2018

Can you guess who’s got the No.1 Spot?

Hiburan Mon, 7 Oct 2024

Rumah Tangga 4 Tahun Terlerai, Emma Maembong Sah Bercerai… Selesai Jalani Tempoh Idah

Allahuakbar, lepas satu satu kes cerai kan hm 🥹 Tapi walaupun dah cerai, Emma & bekas suami masih berbaik demi anak-anak

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Rai Hari Jadi Tanpa Boyfriend, Selena Gomez Guna ‘Plan B’

Tiru macam Selena…No boyfriend? No problem!

error: Content is protected !!