Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul March 18, 2020 @ 4:32pm

COVID-19: Tom Hanks Dan Rita Wilson Keluar Hospital, Ini Nasihat Mereka Kepada Orang Ramai

SETELAH seminggu disahkan menghidapi Corona (Covid-19),  pasangan Tom Hanks dan Rita Wilson sudah dibenarkan keluar daripada hospital dan perlu manjalani kuarantin di rumah buat sementara waktu. Pasangan ini gemar mengemaskini keadaan diri mereka menerusi laman sosial milik masing-masing. 

Keadaan mereka cukup stabil

Pada 17 Mac lalu, Tom telah memuatnaik sekeping foto mesin taip di laman Instagram peribadinya dengan menulis kapsi tentang keadaan dirinya. Menurut pelakon berusia 63 tahun ini, keadaannya ketika ini cukup stabil dan tidak mempunyai gejala seperti demam. Namun, dia dan Rita perlu menjalankan kuarantin di rumah. 

“Hai semua, saya ada berita baik: Selepas seminggu dikhabarkan positif covid-19 dan perlu menjalankan kuarantin di rumah walaupun saya tidak mengalami apa-apa gejalanya. Ketika ini saya tidak demam malah sedang bosan sahaja. Saya hanya duduk di rumah, mencuci baju, membasuh pinggan dan tidur di sofa sahaja,” tulisnya di ruang kapsi foto tersebut.

Tetap perlu menjalani kuarantin

Walaupun sudah dibenarkan pulang oleh pihak hospital, Tom dan Rita masih perlu menjalani kuarantin di rumah sewa mereka. Pada ketika ini mereka masih lagi di Australia dan masih belum dibenarkan untuk pulang ke Amerika Syarikat. 

Tom berada di Australia sejak Januari lalu bagi tujuan penggambaran filem biopic Elvis Presley karya Baz Luhrmann. Projek filem tersebut terpaksa ditunda akibat penularan wabak covid-19 yang semakin membimbangkan pada waktu ini. Rita Wilson yang terkenal sebagai penyanyi juga perlu menangguhkan aktiviti nyanyiannya di Australia. 

Mengajak orang ramai supaya melakukan social distancing 

Tom Hanks juga sering mengajak pengikutnya di laman Instagram supaya melakukan social distancing untuk menyekat penyebaran wabak covid-19 ini. Proses kuarantin sangat penting pada waktu ini dan dia amat berterima kasih kepada pihak Hospital Queensland yang telah merawat dia dan isterinya sebelum ini. 

“Ini merupakan perkara yang perlu kita titipberatkan  untuk mencegah penularan virus ini. Sebelum keadaan menjadi semakin serius dan tidak terkawal, sebaiknya kita dengar nasihat pakar disamping menjaga diri sendiri dan orang lain, ” ujarnya. 

Untuk pengetahuan, virus ini mengambil masa dua minggu untuk sembuh bagi mereka yang mengalami gejala ringan. Individu yang mengalami gejala berat dan lama juga memerlukan sekurangnya enam minggu untuk bebas daripada virus ini. Lebih membimbangkan, individu yang mengalami gejala yang sangat berat boleh mengakibatkan kematian!

Jaga diri anda dan orang di sekeliling anda ya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 23 Aug 2024
Featured Wed, 28 Dec 2022

Peminat Bola Sepak Protes Keputusan Pengadil Jepun Berat Sebelah

Jangan main-main dengan skuad bawang Malaysia!

Featured Mon, 29 May 2023
Trending Thu, 22 Mar 2018

「爱睡症患者」肯定都这样!

插画艺术家LiNGViSTOV是一个来自俄罗斯的团队所组成,他们当初透过Skype学英文而认识,因为热爱卡通、插画因而开始创作。「爱睡症患者」才懂的嗜睡插画就此诞生!

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Trending Thu, 1 Oct 2020

Moratorium Kepada B40 dan M40

Korang setuju ke tak?

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

Buat Solat Istikharah, Danish Hakim Batal Hasrat Jadi Pelakon

Anak Norman Hakim, Danish Hakim anggap industri hiburan toksik

error: Content is protected !!