Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 19, 2025 @ 6:53am

CSOIAM: Nostalgia AJL, Bintang Jemputan Ikonik & Pertarungan Sengit Top 6 Meriahkan Minggu 5 Malam Ini!

Masih terngiang-ngiang kemeriahan episod keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu lalu! Momen penuh emosi dan drama ketika Rezza Shah dan Alya Mardien tersingkir, disertai dengan komen pedas daripada juri tetap iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain, menjadi perbualan hangat di media sosial.

Tidak lupa, aksi mantap daripada peserta lain yang terus melangkah ke minggu seterusnya. Kini, semua mata tertumpu kepada episod kelima yang menjanjikan lebih banyak drama dan kejutan!

Minggu ini, pentas CSOIAM akan mengimbau nostalgia dan meraikan lagu-lagu ikonik Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi tema “Evolusi AJL”. Kesemua peserta Top 6 akan membawa karya-karya agung ini dengan interpretasi mereka sendiri.

Lebih menarik, pentas akan dibuka dengan persembahan epik daripada Akim & The Majistret, yang terkenal dengan lagu hits seperti Mewangi dan Potret. Kali ini, mereka akan menyanyikan lagu Saksama dan Obses, menjanjikan pembukaan yang pasti memukau semua hati penonton!

Juara Terpaling Fizz minggu lalu, Jimi, kembali mencuri perhatian! Ini adalah kemenangan keduanya di pentas CSOIAM, membuktikan dia antara peserta paling konsisten. Minggu ini, Jimi akan berduet dengan Misha Omar, menerusi lagu Terima Aku Seadanya. Misha, yang terkenal dengan vokal mantap dan lagu-lagu hit seperti Bunga-bunga Cinta, akan menguji keserasian mereka di pentas. Mampukah gandingan mereka memberikan persembahan luar biasa?

Barisan juri tetap, Cakra Khan, Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain, sekali lagi bersedia untuk memberikan komen tajam mereka. Minggu ini CSOIAM membawakan juri jemputan istimewa, Datuk Francissca Peter, legenda industri muzik tanah air! Penyanyi Sekadar Di Pinggiran ini juga akan membuat persembahan penutup yang epik dengan lagunya Aku Kehilanganmu.

Tambahan lagi, kemunculan Naim Daniel dengan lagunya Sumpah dan Mainan bakal menambah kemeriahan pada episod kali ini.

Kini, hanya enam peserta yang tinggal di pentas CSOIAM, Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam dan Kai Deva. Cabaran semakin sengit, dan setiap persembahan menjadi lebih kritikal.

Dengan 40 peratus keputusan di tangan penonton, jangan lupa untuk terus mengundi peserta kegemaran anda! Episod kelima ini penuh dengan elemen kejutan, persembahan ikonik dan drama yang tidak boleh dilepaskan.

Jadi bersediakah anda untuk “Evolusi AJL” di episod kelima Calpis Soda One In A Million minggu ini! Nantikan kejutan-kejutan istimewa, lagu-lagu AJL yang epik, dan perjalanan Top 6 menuju ke pentas finale.

Temui kami secara langsung di TV3 pada Ahad, jam 9.00 malam, atau strim dalam HD di Tonton. Undi dan jadilah sebahagian daripada sejarah CSOIAM!

Senarai Lagu Top 6 Peserta: Minggu Kelima dengan Tema ‘Evolusi AJL’!

Minggu kelima CSOIAM bakal mempersembahkan tema “Evolusi AJL”, di mana Top 6 CSOIAM akan menyampaikan lagu-lagu ikonik dari pentas AJL yang pastinya akan menggegarkan pentas Ahad ini!

Adakah peserta Top 6 mampu bertahan sehingga ke pentas akhir CSOIAM? Dengan persaingan yang semakin sengit, hanya yang terbaik bakal menyerlah! Berikut adalah senarai lagu yang bakal dibawakan oleh peserta minggu ini:

Top 6 Performance : Hatinya Tak Tahan & Hati Kama

Mariam – Madah Berhelah
Kai Deva – Joget Angan Tak Sudah
Zazleen – Dari Sinar Mata
Marygrace – Irama
Jimi & Misha Omar – Terima Aku Seadanya
Eylia Guntabid – Jampi

Gabungan 60 peratus markah daripada juri profesional dan 40 peratus undian penonton akan menentukan keputusan setiap minggu, bermula episod kedua sehingga episod kelapan.

Berikan impak sepenuhnya kepada peserta kegemaran anda, terdapat tiga cara mudah untuk anda peroleh undian:

Pengguna baharu kini berpeluang menikmati 10 undian percuma hanya dengan mendaftar di Tonton!

Pengguna Tonton sedia ada juga tidak akan ketinggalan, anda juga akan menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik.

Kini anda boleh membeli produk Calpis di Shopee untuk menebus baucar eksklusif yang memberikan tambahan 50 undian bagi setiap pembelian produk Calpis.

Undian anda adalah kunci kepada kejayaan mereka. Jangan lepaskan peluang untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan.

Jangan lupa mengikuti perjalanan peserta menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal! Bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam. Sorotan eksklusif ini membawa anda menyelami dedikasi, cabaran, dan pencapaian peserta sepanjang pertandingan.

Saksikan Konsert Minggu Kelima Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang anda tidak mahu lepaskan! Siaran langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton. Jangan lupa ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus berinteraksi mengenai program ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 May 2019

防晒霜成分会吸收进入血液?安全吗?FDA做了试验

防晒霜成分真的会被吸收进入血液吗?美国食品药品监督管理局(FDA)做了试验,研究结果发现……

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

’Bukan Lagu Tentang Saya Tapi…’- Patrick Buka Mulut Kongsi Kisah Lagu Baru IAmNeeta

Jom request lagu Ilusi di radio Hot FM & Kool FM sekarang!

Hiburan Wed, 23 May 2018

吴亦凡刷新个人纪录 新歌《Like That》美国双榜登顶

吴亦凡新专辑首支单曲《Like That》已全球上线,上线不到一个半小时,登顶美国iTunes总榜及美国iTunes Hip-Hop/Rap分榜,目前唯一登顶华人歌手。

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

Hadiahkan kawan baik RM 5.3 juta tanda terima kasih

Pemberian saguhati ini sebagai tanda terima kasih kerana membantunya membina karier di Hollywood

Featured Mon, 5 May 2025
Featured Wed, 6 Jul 2022
Trending Thu, 19 Dec 2019

Rimas Anak Asyik Menangis & Merengek, Bapa Tikam Anak

Bapa Tikam Anak Berkali-Kali Di Perut & Leher

error: Content is protected !!