Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 8, 2025 @ 5:47pm

CSOIAM: Persembahan Duet Dapat Pujian Juri, Jimi Sifatkan Aina Abdul Penyanyi Yang Humble

Jimi yang dinobatkan sebagai pemenang peserta Terpaling ‘FIZZ’ minggu kedua Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) mendapat peluang istimewa untuk berduet bersama Aina Abdul, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) di minggu ketiga, Ahad lalu.

Peluang ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada Jimi, tetapi juga membuka ruang untuk kolaborasi yang penuh magis antara bakat baharu ini bersama penyanyi yang berpengalaman hebat dalam industri muzik.

Duet mereka bukan sahaja berjaya mencipta sebuah persembahan yang memikat hati penonton, malah para juri juga turut terpesona dengan keserasian dan kesungguhan yang ditampilkan.

Gabungan vokal Aina yang memukau dengan energi Jimi yang luar biasa mencipta satu persembahan yang tidak dapat dilupakan.

“Suara kalian blended really well. Malam ini, kalian tampil dengan begitu memukau,” kata Cakra Khan yang memuji persembahan mereka.

Melihat duet ini sebagai peluang yang mempunyai cabaran dan kelebihannya, Jimi berkongsi pengalaman persiapannya.

“Latihan bersama Aina mudah kerana saya sudah bersedia terlebih dahulu. Semua berjalan dengan lancar dan Aina adalah seorang yang sangat rendah diri.

“Aina pesan, nikmati persembahan ini sepenuhnya dan anggap seperti persembahan kita sendiri. Insya-Allah, semuanya akan berjalan dengan baik,” kata Jimi.

Minggu ketiga CSOIAM terus membuktikan kehebatannya apabila sarat dengan kejutan luar biasa yang berjaya mencuri perhatian ramai menerusi persembahan memukau daripada peserta, persembahan pembukaan oleh kumpulan terkenal, Ruffedge, duet memukau daripada Aina Abdul serta persembahan penutup penuh emosi oleh Ernie Zakri menjadi bualan hangat, menjadikan rancangan ini trending di platform ‘X’ untuk tiga minggu berturut-turut.

Pernah menimbulkan perbualan hangat dengan konsep penyingkirannya yang tegas dan dramatik di minggu pertama, pentas CSOIAM sekali lagi membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam usaha merebut gelaran bintang dan hadiah lumayan yang ditawarkan. Minggu ketiga yang dimulakan dengan Top 10 ini berakhir dengan suasana hiba dan suram apabila dua bakat muda terpaksa meninggalkan pentas iaitu Hafiz Zainal dan Dayangku Iffah.

Kedua-dua mereka telah memberikan persembahan sehabis baik yang rata-ratanya menerima komen positif daripada pihak juri. Namun, nasib mungkin tidak menyebelahi mereka, apabila berhadapan dengan saingan sengit daripada peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Mereka tetap menunjukkan dedikasi tinggi dan bakat yang patut dipuji dalam suasana pertandingan yang begitu kompetitif.

Peserta terpaling ‘FIZZ’ minggu ini jatuh kepada Marygrace, yang berjaya memukau juri dan penonton dengan persembahan bertenaga, vokal mantap, dan emosi yang mendalam menerusi lagu Memori Tercipta. Kemenangan ini bukan sahaja mengangkat namanya, malah membuka peluang besar untuknya berduet dengan penyanyi, penulis lagu, dan komposer legenda, Datuk Ramli Sarip, dalam tugasan minggu hadapan. Kolaborasi ini dijangka membawa dimensi baharu kepada persembahannya dan menjadi antara momen yang dinanti-nantikan.

Minggu hadapan, cabaran baharu! Persaingan diteruskan dengan baki 8 peserta yang akan berentap mengikut tema “Sinergi Muzik”, menjanjikan lagu-lagu gabungan hebat yang mengangkat kreativiti dan keunikan setiap individu. Siapakah yang mampu menonjol dan mara ke pusingan seterusnya? Saksikan aksi hebat dari Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, dan Eylia Guntabid! Undi peserta kegemaran anda, kerana 40% undian berada di tangan anda, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

OMG Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Rutin Senaman, Badan Fit Fify Azmi Jadi Tumpuan – “Wahhh Siap Ada 6 Pack Abs”

Pelakon Fify Azmi atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu perkongsian mengenai rutin senaman harian. Dalam perkongsian terbabit, Fify menunjukkan bentuk tubuh badannya yang mempunyai six pack abs. […]

Featured Tue, 7 Feb 2023
Trending Wed, 19 May 2021

Bosan Tak Dapat Menziarah Syawal Ini? Jom Tengok Banyak Filem Best di tonton CINEMA!

Pada tahun ini, sekali lagi kita menyambut kedatangan Syawal dengan suasana norma baharu. Biarpun kemeriahan ziarah menziarah tidak dapat dirasakan, kehadiran Aidilfitri harus disambut dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan! Bosan duduk di rumah dan tak […]

Events Mon, 12 Nov 2018

《光》特别首映星光闪耀!庄仲维望票房破300万

由导演郭修篆首部执导的长篇电影《光》在11月29日上映前,圈中多达50多位艺人朋友齐聚看首映!

Featured Wed, 15 Sep 2021

“Halus Buatan, Boleh Cecah Ribuan Ringgit Semeter”- Cantiknya! Penampilan Dr Wan Azizah Di Istiadat Parlimen Raih Perhatian!

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Majlis Parlimen Ke-14 telah berlangsung pada kelmarin. Kebiasaannya, ahli parlimen akan menggayakan uniform rasmi berwarna putih namun kemunculan Ahli Parlimen Pandan dan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan […]

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Akibat Terlalu Emosi, Aaron Aziz Mohon Maaf…

Arron juga meminta agar pihak yang sudah membuat sumbangan kepada akaun berkenaan membuat laporan polis secepat mungkin.

error: Content is protected !!