Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 5, 2025 @ 4:36pm

CSOIAM: Zazzleen Bakal Nyanyikan Lagu Wajah Rahsia Hati, Fauziah Ahmad Daud Titip Ucapan Selamat Maju Jaya

Pelakon legenda, Fauziah Datuk Ahmad Daud memberikan kata-kata semangat buat peserta Calpis Soda One in a Million (CSOIAM), Zazzleen Zullkafli.

Aktres yang mesra disapa dengan nama Ogy ini memberikan sokongan terhadap Zazzleen yang bakal menyanyikan lagu asal nyanyiannya, Wajah Rahsia Hati pada konsert minggu ketiga malam ini.

“Assalamualaikum Zazzleen, saya dimaklumkan awak akan mendendangkan lagu ‘Wajah Rahsia Hati’, jadi berseronok sahaja.

“Jadikan ia hak anda. Pakukan persembahan anda. Saya tahu awak boleh menyanyi sangat baik. Jadi have fun,” ujarnya.

Tambah Ogy, Wajah Rahsia Hati mempunyai mesej tersendiri dan aktres berkaliber itu sempat menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Zazzleen.

“Lagu itu mempunyai mesej tetapi kamu perlu gembira kerana ianya mengimbas kembali zaman remaja. Semua anak-anak remaja suka sangat dengan lagu itu. Bila kita dah berusia pun, teringat-ingat lagu tu. Semoga maju jaya. Love you,” kata Ogy.

Video terbabit dikongsikan di Instagram kelab peminat Zazzleen, Zazzers Official.

Untuk konsert ketiga yang bakal bersiaran malam ini bertemakan ‘Rasa Paling Indah’, 10 peserta iaitu Kai Deva, Alya Mardien, Zazzleen, Eylia Guntabid, Hafiz Zainal, Mariam, Maryam Grace, Dayangku Iffah, Jimi dan Rezza Shah akan mara merebut hadiah RM1 juta.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy menggalas tugas sebagai pengacara untuk program yang bersiaran selama lapan minggu ini manakala Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan menggalas tugas selaku juri tetap.

Juara CSOIAM akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Azhan Rani Gemar Bersendiri Di Kebun?

Pelakon ini juga antara yang dikenali sebagai artis low profile. Menurut Azhan, dia lebih suka duduk di tempat yang mendamaikan jika tidak ke set penggambaran.

Featured Wed, 21 Feb 2024

“Suami Tak Boleh Tinggikan Suara Dengan Saya” – Janna Nick Akui Sensitif Dan Mudah Terganggu

Haa, yang kata bimbo lah, sengaja buat suara baby lah… tak baik tau! Janna tak boleh orang suara kasar ni.

Hiburan Tue, 15 Oct 2024
Trending Thu, 30 Apr 2020
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Gelagat Anna Jobling & Meerqeen Nyanyi Sambil Pakai Pyjamas Sedondon Raih Perhatian

Umum mengetahui, pasangan serasi drama Anna Jobling dan Meerqeen sedang berada di set penggambaran drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini. Artike Berkaitan: Tak Sabar! ‘Melur Untuk Firdaus Season 2’ […]

Featured Tue, 21 Feb 2023
Events Sat, 12 Oct 2019
Trending Thu, 30 Jan 2020
Trending Tue, 22 Jun 2021

“Jika Ada BF, Saya Lalai… Rasa Nak Berkepit Je” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul mengakui dirinya masih solo dan tidak menjalin hubungan cinta dengan mana-mana jejaka. Jarang membuka topik mengenai cerita peribadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 28, masih belum terbuka untuk mempunyai […]

error: Content is protected !!