Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 7, 2019 @ 4:56pm

Daiyan Trisha Sedih Video Muzik Diperlekeh Wargamaya?

Siapa yang tidak terkilan dan sedih apabila usaha keras dilakukan, dibalas dengan kritikan kasar dan tidak membina.

Itulah situasi dialami penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha apabila diperlekeh segelintir netizen yang menyifatkan lagu terbarunya berjudul I Wanna See Ya tidak layak mengikut jejak Yuna di peringkat antarabangsa.

Menerusi laman Twitter, penyanyi itu meluahkan perasaan terkilannya dengan sikap netizen yang sering memperlekeh usahanya.

“Saya terkejut dengan beberapa Tweet oleh netizen yang bercakap pasal video muzik saya dan betapa mendapat tontonan rendah. Reaksi pertama saya, pastilah sedikit sedih.

“Memanglah baru sebulan dan baru mencecah lebih 100,000 tapi kenapa kalian ketawakan usaha saya?” luahnya.

Dia persoal kenapa mereka perlu merendahkan artis yang berusaha menghasilkan karya tidak kiralah dapat tontonan atau wang banyak? Adakah ini satu lagi perangai baru di Malaysia?

“Apa mesej yang mereka cuba sampaikan kepada pengkarya dan golongan muda yang menyimpan impian besar di luar sana? Nak cakap warga Malaysia tidak perlu cuba untuk tembus ke luar negara disebabkan perjalanannya sangat jauh?

“Adakah mereka suka hancurkan impian orang lain? Jika tidak mahu sokong hasil kerja saya sekalipun, sekurang-kurangnya janganlah komen secara biadap,” tulis Daiyan lagi.

Daiyan turut meluahkan rasa bangga dengan Yuna yang membuktikan sebaliknya dan berharap netizen tidak menunjukkan sokongan hanya selepas artis tempatan mencipta kejayaan besar.

“Saya sangat sukakan Yuna yang saya anggap kakak dan menjadikan dia inspirasi walaupun dia pernah berdepan situasi sebegini sebelum sampai ke tahap dia sekarang.

“Netizen pula hanya akan ‘tersedar’ selepas seseorang itu membuktikan kejayaannya. Macam mana kita nak letak artis Malaysia di peta dunia jika kita terus dengan mentaliti sebegini?” katanya.

Daiyan akui mulai bersuara kerana mahu netizen yang memiliki mentaliti itu supaya bersikap lebih matang dan positif.

“Kalau kamu suruh saya abaikan dan tidak beri perhatian kepada pihak-pihak ini, maka saya tidak dapat mendidik mereka. Saya juga tidak dapaf berkongsi pesanan saya. Sudah puas saya berdiam dan abaikan ramai orang sebelum ini,” katanya.

 

 

Oleh: Guy Masaki

Sumber Foto: Instagram @daiyantrisha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

大S承认怀三胎「怀孕7周」41岁高龄担心吃不消

41岁大S在11日认了真的怀了第三胎,目前才7周,自己也相当担心年龄已经过高,身体吃不消。

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

Datuk AC Mizal mengambil keputusan untuk mengikut saluran yang betul mengenai isu yang diketengahkan.

Hiburan Fri, 13 Feb 2026

Isu Cerai Diungkit Semula, Jawapan Ringkas Que Haidar Buat Ramai Terkedu

Que Haidar kekal tenang dan tidak cepat melatah

Events Sat, 11 Jan 2020

The Ultimate “Kawaii Metal” Rock Band BABYMETAL Is Coming To Malaysia!

More great things are coming in 2020 and we are excited!

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Kami Masih Mencuba Mungkin Bukan Rezeki Kami Lagi

“Kami sentiasa mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam rumah tangga kami. Namun dalam masa yang sama saya percaya dengan ketentuan Allah.

Hiburan Sun, 18 Feb 2024
error: Content is protected !!