Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 3, 2022 @ 3:01pm

Dakwa Difitnah Wanita Di Media Sosial, YouTuber Popular Aqil Zulkiflee Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan RM1 Juta  

Pemenang trofi YouTuber Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang didakwa telah memfitnahnya.

Pengurus Krisis dan jurucakap Aqil, Saiful Ridzuan dari firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata, notis tuntutan tersebut telah dihantar melalui serahan tangan dan pos berdaftar oleh firma guaman yang dilantik pada minggu ini.

“Aqil mengambil tindakan undang-undang tersebut bagi melindungi jenama peribadi, imej dan reputasi beliau,” kata Saiful Ridzuan.

Pada 24 Disember tahun lalu, seorang wanita yang dikenali dengan nama Siti Solehah Mohamed Ali yang menggunakan aplikasi Facebook dengan nama pengguna Auntie Soleha telah memuat naik, menulis dan menerbit satu penyiaran yang didakwa berbaur fitnah.

Melalui kenyataan-kenyataan yang dimuat naik, wanita tersebut telah menulis dan membuat dakwaan yang Aqil adalah seorang yang sombong dan berlagak, berpura-pura baik di dalam media sosial beliau, tidak beradab, penipu, tidak hormat kepada peminat dan orang tua, tidak suka kepada kanak-kanak dan merupakan seorang yang talam dua muka.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Aqil menegaskan yang komen-komen yang dilemparkan oleh individu tersebut kepada anak guam jelas menunjukkan yang ianya bersifat fitnah, palsu dan kesemuanya merujuk kepada anak guam beliau.

“Anak guam telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat berikutan komen-komen yang tidak benar yang telah menjatuhkan reputasi dan mencalar kredibiliti beliau,” kata Hafidzah.

Kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dimuat naik di akaun Facebook tersebut telah dikongsi sebanyak 110 kali dan menerima lebih dari 350 reaksi dari netizen termasuk sorotan skrin yang dikongsikan lebih dari 1,200 kali oleh seorang pengguna akaun di laman media sosial tersebut.

Aqil mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana mendakwa sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut telah menyebabkan beliau mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan kenyataan-kenyataan fitnah yang ditulis.

Jika tiada permohonan maaf dibuat dalam masa tujuh hari dan pembayaran RM1 juta atau gantirugi yang setimpal dibayar kesan daripada tindakan menyebarkan sebaran fitnah tersebut, Aqil akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.

Kredit foto: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Apr 2022
Replicated Draft Fri, 7 Jul 2023

Neelofa Dan PU Riz Pilih Kerjasama dengan Fellera Skin

Produk kecantikan dan kesihatan, Fellera Skin baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bagi menjayakan kempen kecantikan dan kesihatan melalui produk Jelly […]

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Sasha Saidin Maklum Keadaan Suami & Keluarga Selamat Di Dubai – “Keadaan Di Sana Masih Terkawal”

Sasha Saidin meluahkan rasa syukur keadaan suaminya, Sirhan dan rakan-rakan di Abu Dhabi dan Dubai

Trending Fri, 18 Sep 2020
Trending Wed, 27 Nov 2019

Secret Recipe Malaysia Came To The Rescue When A Malaysian Uncle Can Only Afford His Wife A Burger On Her Birthday

This is the sweetest thing we’ve ever seen and we really hope the wife had the birthday of her lifetime.

Trending Thu, 26 Apr 2018

Bersolat Dalam Kereta. Fathia Lakukan Kerana Allah SWT, Tiada Sangkut Paut Dengan Manusia

Satu demi satu kontroversi melanda pelakon Fathia Latiff sejak penghujung tahun lalu sehinggalah sekarang. bersolat dalam kereta. 

error: Content is protected !!