Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 21, 2022 @ 12:31pm

Dakwa Kenyataan Chef Wan Fitnah, Shikin Maembong Perjelas Isu Kahwin Guna Duit Bapa Mertua -“Kami Kahwin Memang 100% Pakai Duit sendiri”

Bekas menantu kepada Chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan Ismail iaitu Shikin Maembong tampil mengulas dengan lebih lanjut mengenai tuduhan kononnya duit yang digunakan ketika majlis perkahwinannya bersama Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan adalah menggunakan duit bekas mentuanya itu.

Shikin menerusi hantaran di insta storynya memaklumkan, duit yang diguna pakai ketika majlis perkahwinannya bersama bekas suaminya yang juga anak kepada Chef Wan adalah seratus peratus milik mereka berdua.

Malah, Shikin menjelaskan bahawa duit tersebut adalah hasil perniagaan Elken yang dijalankan bersama bekas suaminya.

“Sebenarnya duit perkahwinan kami seratus peratus daripada duit sendiri, saya dan bekas suami buat perniagaan Elken ketika itu.

“Kita kumpul duit sendiri dan kahwin guna duit sendiri, tiada satu sen pun guna duit bapa mertua.

Sementara itu, Shikin juga menganggap kenyataan yang dibuat Chef Wan menerusi hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini adalah fitnah.

“Apa yang dia pos adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” katanya.

Terdahulu, Chef Wan ada membuat hantaran di Instagram mengenai surat saman malu yang dihantar oleh Shikin kepadanya bertarikh 16 Februari 2022 tentang soal hak penjagaan anak termasuklah menggunakan duit hasil kerja kerasnya ketika Shikin dan Chef Riz mahu berkahwin dahulu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Anak Cristiano Ronaldo Tayang Badan Berotot

Anak Cristiano Ronaldo Berusia 7 Tahun Tayang Badan Berotot

Trending Tue, 14 Dec 2021

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa!

Peminat-peminat tegar drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini. Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal […]

Featured Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Trending Sat, 23 Oct 2021

Positif Covid-19, TMJ Kini Sudah Pulih

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dirinya kini sudah pulih daripada jangkitan COVID-19. Perkara itu dikongsikan TMJ menerusi ruangan Instagram Story dan turut mendedahkan dirinya mengambil masa dua minggu untuk pulih. TMJ berkongsi […]

Hiburan Fri, 23 May 2025
error: Content is protected !!