Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 16, 2025 @ 11:38am

Dakwa MSH Empire Difitnah, Cik Pia Tuntut Nilam Ortiz & Azlan Mohon Maaf & Bayar Ganti Rugi RM1 Juta

Usahawan dan pempengaruh, Cik Pia, mewakili MSH Empire Resources, nekad mengambil tindakan tegas terhadap pasangan selebriti, Nur Nilam Ortiz dan Azlan Komeng, selepas mendakwa mereka menyebarkan fitnah sehingga menjejaskan reputasi syarikat serta jualan produk.

Menerusi satu sidang media khas di Bandar Baru Bangi, semalam, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari berkata, pihaknya sudah menghantar Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada pasangan terbabit, menuntut permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi RM1 juta, susulan kenyataan-kenyataan yang disifatkan berbaur fitnah.

“Saya bukan nak balas secara emosional. Tapi syarikat telah difitnah secara terbuka, dituduh menjual produk berbahaya dan reputasi syarikat dan sebagai usahawan diganggu dengan niat yang jelas untuk menjatuhkannya,” katanya.

Surat tuntutan itu difailkan menerusi firma guaman Adnan Sharida & Associates, melalui peguam Datuk Adnan Seman @ Abdullah, yang menegaskan pasangan itu diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk tampil membuat permohonan maaf dan membayar wang ganti rugi, sekiranya gagal tindakan selanjutnya akan diambil.

Menurut Cik Pia, segala kenyataan fitnah didakwa mula disebarkan selepas penamatan kerjasama pada Mac lalu, susulan penjenamaan semula produk daripada Minyak Herba Nilam HQ kepada Minyak Herba S-Herb.

Jelas Cik Pia lagi, sepanjang isu ini memjadi perbualan hangat dia telah mengambil masa selama satu bulan untuk tidak membuat sebarang siaran langsung mempromsikan produk-produknya kerana mahu memberi ruang kepada pasangan terbabit.

“Kami dah beri peluang sebulan. Tapi serangan mereka tetap berterusan, termasuk di media sosial dan sidang media baru-baru ini. Apabila kenyataan yang dibuat itu bersifat fitnah dan menjejaskan keyakinan pengguna, saya tiada pilihan lain selain bawa ke mahkamah,” ujarnya.

Datuk Adnan menyifatkan tindakan pasangan selebriti itu sebagai bersaing secara tidak sihat dengan membuat perbandingan terbuka, menuduh sistem MSH Empire tidak profesional serta mendakwa produk ‘bahaya’ secara berulang kali menerusi siaran langsung TikTok.

“Mereka bukan sekadar bersaing secara tidak sihat. Mereka buat perbandingan terbuka, menggambarkan sistem anak guam kami tak profesional, produk kononnya ‘bahaya’ dan buat live TikTok berulang kali menjatuhkan reputasi anak guam saya.

“Tentang dakwaan gambar dan video mereka digunakan oleh affiliate syarikat, kami tiada kuasa mengawal kandungan yang telah dimuatnaik di media sosial untuk mempromosikan produk minyak terbabit.

“Bagaimanapun, mereka berhak untuk membuka dan meneruskan syarikat baharu dengan apa saja produk yang ingin dikeluarkan.

“Selain itu, kenyataan pihak terbabit yang mendakwa mengalami kerugian sehingga tujuh angka juga tidak jelas. Bagaimana mereka mengalami kerugian sedangkan semua kos pembuatan dan pengeluaran produk ditanggung oleh syarikat anak guam saya?

“Mereka hanya mendapat komisen daripada hasil jualan (secara langsung di TikTok), dan itu asasnya. Tidak ada unsur penganiayaan,” tuturnya.

Terdahulu, pada 10 Julai lalu, Nilam dan Azlan mengumumkan penarikan diri dari produk Minyak Herba Nilam HQ serta menegaskan mereka kini beroperasi di bawah syarikat baharu, Nilam Empire.

Pasangan itu turut melantik firma guaman Tetuan Kyara & Co untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas rakan kongsi kerana terus menggunakan nama ‘Nilam HQ’ tanpa izin serta didakwa menyebarkan kenyataan berunsur fitnah dan mengganggu keluarga mereka.

Artikel Berkaitan: Mental Terganggu & Reputasi Terjejas, Azlan Komeng, Nur Nilam Fail Saman Bekas Rakan Perniagaan Isu Salah Guna Nama & Wajah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Kekal Sihat

Soalan tak masuk akal pun ada tau! Contohnya, baru-baru ini, pelakon popular Bollywood menerima soalan seperti berapa kali dia membuang air besar? Hurm, mengarut kot wak.

Featured Mon, 4 Dec 2023
Featured Fri, 7 Oct 2022

Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar  – “Mereka Lebih Tahu”

Kalau mengaku pun kena kecam, kalau menafikan pun sama juga – Eyka Farhana

Kisah Viral Fri, 15 Sep 2023
Featured Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Reda Anak Lebih Popular’- Betty Rahmad

Mungkin disebabkan perwatakannya yang digelar Happy Baby, jadi ramai yang sayang padanya

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Tersalah Muatnaik Foto, Neelofa Mohon Maaf

Jangan kecoh-kecohkan keadaan, Lofa dah minta maaf tu…

error: Content is protected !!