Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 14, 2018 @ 5:38am

Dakwaan Tak Masuk Akal, Bodyguard Kylie Jenner Beri Penjelasan!

Sejak beberapa hari lalu tersebar dakwaan mengatakan pengawal peribadi Kylie Jenner iaitu Tim Chung mungkin merupakan bapa kandung kepada anak perempuan Kylie, Stormi Webster.

Tak tahan ditohmah sedemikian, Tim kemudiannya menjawab gosip tersebut agar tidak lagi dikaitkan dengan cerita tidak masuk akal itu di laman Instagram miliknya.

“Saya seorang yang sangat berahsia dan tidak akan membalas mana-mana komen atau cerita yang tidak masuk akal.


“Dengan penuh rasa hormat terhadap Kylie, Travis dan anak perempuan mereka, saya mahu menjelaskan yang hubungan saya dengan Kylie adalah profesional sebagai seorang majikan dan pekerja sahaja.

“Ini adalah komen balas saya yang pertama dan terakhir berhubung isu ini,” katanya.

Sebelum ini tular apabila sekeping gambar menunjukkan wajah Stormi dan Tim yang kelihatan cukup seiras sehinggakan ramai ragu-ragu adakah benar Travis merupakan bapa kandung kepada anak Kylie.

Kylie dan Travis berpacaran sejak April tahun lalu. Pasangan ini menimang cahaya mata pertama mereka pada 1 Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Aug 2022

“Era Itu Sudah Berlalu…” – Ayda Jebat Tak Mahu Babak Bersentuhan

Min pun setuju dengan Ayda tak perlu pun rasanya…

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Featured Tue, 17 Dec 2024
Featured Sun, 21 May 2023
Featured Tue, 16 May 2023
Hiburan Fri, 22 Feb 2019
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Panas! Perang Safiey Illias Dan Nur Sajat Makin Menggila

Makin panas nampaknya perang antara Safiey Ilias dan Nur Sajat ni kan?walaubagaimana pun, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka namun ada yang berpendapat tindakan mereka itu seakan-akan mahu meraih publisiti murahan.

Hiburan Wed, 17 Sep 2025
error: Content is protected !!