Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 12, 2022 @ 5:20pm

Dapat Bekalan Dari Bekas Suami, Wanita Ambil Dadah Kerana Obses Nak Kurus

Seorang wanita bernama Nora (bukan nama sebenar) sanggup mengambil dadah kerana terlalu obses untuk kurus, sehingga berat badannya mencecah 38 kilogram (kg).

Dia mula mengambil dadah sejak lapan tahun lalu hanya disebabkan mahu kelihatan ramping dan langsing seperti rakan sekerjanya yang lain.

Nora, 36, yang pada awalnya mempunyai berat badan lebih 80kg memberitahu niat asalnya adalah untuk menggunakan dadah sehingga mencapai badan ideal yang diingini namun dirinya tanpa sedar terus bergantung dengan bahan terlarang itu.

“Sebelum ini, selepas saya melahirkan anak, saya tidak pernah mengalami apa-apa masalah berat badan. Paling berat pun dalam lebih 50kg.

“Saya pernah cuba untuk berdiet namun usaha itu hanya sia-sia. Tambahan pula, saya sentiasa dikelilingi rakan sekerja yang gemar berpakaian cantik selain memiliki badan langsing,” katanya.

Keadaan bertambah buruk apabila bekas suaminya juga adalah seorang penagih dadah, dimana ia memudahkan lagi Nora untuk mendapatkan bekalan.

Nora yang kini berada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Dengkil sejak 15 bulan lepas mahu semua gadis mengambil iktibar daripada pengalamannya itu.

“Saya benar-benar menyesal. Saya bukan sahaja hilang kerja bahkan hidup saya juga menjadi kucar-kacir. Saya menyesal kerana tidak sempat melihat anak-anak membesar di depan mata,” ujarnya.

Namun begitu, Nora bersyukur apabila ahli keluarga termasuk dua anak perempuannya yang kini berusia 17 dan 18 tahun masih dapat menerimanya dengan hati terbuka.

Sumber/foto: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Jan 2020

Izara Aishah Hamil Enam Bulan

Alhamdulillah…Tahniah Izara & Adib!

Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Trending Tue, 8 May 2018

Berjam-Jam Tidak Boleh Keluarkan Air Mata, Fasha Sandha Ajar Pelakon Baharu Teknik Menangis

Pelakon baharu ini mengambil masa berjam-jam untuk menjiwai watak dengan menangis, tapi bila Fasha Sanda bantu terus boleh menangis!

Trending Tue, 5 Jun 2018

Gadis Melayu Berhijab Ke Pentas Miss Universe?

Beliau berjaya disenarai pendek antara 20 peserta pertandingan Miss Universe New Zealand .

Trending Sat, 9 Nov 2019

Pesawat Bawa Racun Serangga Terhempas!

Nasib baik juruterbang selamat, kalau tak …

Hiburan Thu, 19 Dec 2024

Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Lan Zailan meninggal dunia.

error: Content is protected !!