Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 28, 2022 @ 11:15am

Dapat ‘Gift Singa’ Di TikTok, Netizen Terkejut Lepas Kira Gaji Ryan Bakery Untuk 1 Malam… ‘Sultan Pemurah’ Jadi Perhatian

Pempengaruh media sosial popular, Ryan Bakery mengakui terkejut dengan pemberian ‘Gift Singa’ yang telah dihadiahkan kepadanya ketika sesi siaran live di TikTok berlangsung.

Malah, perkongsian Ryan atau nama sebenarnya, Ryan Fahmi Bakery, 27,  itu membuatkan warganet teruja dengan ‘hadiah mahal’ yang diterimanya sehingga ada yang sanggup membuat kira-kira mengenai nilai yang berjaya dikumpul oleh anak muda itu untuk tempoh satu malam sahaja.

Menerusi pemerhatian warganet di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai ‘Sultan Pemurah’ dilihat sering memberikan hadiah kepada Ryan termasuklah ‘hadiah ‘Singa’ yang bernilai RM650 sehingga RM1,049.90 setiap satu.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pengikutnya yang lain turut memberikan hadiah-hadiah sehingga menjadikan anggaran jumlah keseluruhan yang diterimanya adalah sekitar RM10,000.

“Lepas kira-kira hampir RM7,000. Tak relaks.

“Seekor lion berharga RM650 X 7. Belum hadiah lain yang dia dapat. Kira-kira RM10,000 juga dia dapat satu malam.

“Kalau 29,999 coins bersamaan USD460, Tik Tok akan ambil sebanyak 66 peratus. Baki USD157 yang Ryan akan dapat,” tulisnya.

Malah, Ryan juga pernah menerima 300,000 ‘coin’ bersamaan RM19, 958 daripada individu yang digelar ‘Sultan Pemurah’ untuk tempoh satu malam sahaja.

@sultan_tiktok_legit 300K coin bagi dekat @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 🎁😆 #fyp ♬ original sound – Sultan Pemurah

 

Selain Ryan Bakery, antara artis dan pempengaruh media sosial lain yang turut menerima hadiah istimewa dari individu tersebut adalah pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew, isteri kepada pelakon dan pelawak,Johan iaitu Ozlynn, Kak Anis yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan penjual kasut bundle, Aiman Danial.

 

@sultan_tiktok_legit 130k coin hadiah untuk abang @JozlynnHanania_ #fyp ♬ original sound – Sultan Pemurah

 

@sultan_tiktok_legit Sebelum tido, terlalu live kak anis. Buta penglihatan, tapi terus berjuang mencari rezeki. Moga Allah permudahkan segala urusan akk anis ❤️❤️ #fyp @kak Anis #fyp ♬ Ketika Ku Berjuang Kau Tinggalkan – Bobby Faraby & Bobby faraby

 

 

Susulan sifat pemurah yang ditunjukkan oleh individu terbabit, rata-rata warganet berteka-teki siapakah gerangan disebalik ‘Sultan Pemurah’ itu sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk orang ramai.

Justeru itu, menerusi perkongsian video TikTok yang dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai @imhaze97 , Ryan Bakery dilihat turut meminta agar ‘Sultan Pemurah’ mendedahkan identitinya namun, individu itu terpaksa menolak atas sebab menjaga privasi.

Bagaimanapun, rata-rata warganet berteka-teki bahawa individu yang digelar ‘Sultan Pemurah’ itu adalah Shuib mahupun anak kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Vida iaitu Kacak berdasarkan suara yang dimiliki.

Untuk makluman video yang dikongsikan itu telahpun ditonton lebih 2 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Selasa.

 

@imhaze97 5 kali singa kluar drpd sultan pemurah !!! #rwyfb #fyp #fypシ #contentcreator @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 ♬ original sound – Imhaze97

 

Sumber: Tik Tok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Feb 2023

AJL 37: Dedikasi Persembahan Terus Hidup Untuk Arwah Bapa, Aina Abdul Dedah Makna Sebenar Disebalik Tema Kepulan Awan – “Sebenarnya Ada 3 Transisi Berbeza…”

Meremang!! Amazing performance Aina 🥲😢😢 Sangat mendalam ya maksud disebalik konsep kepulan Awan tu.. Loveee sangatt

Hiburan Mon, 13 Jan 2025
Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Selebriti Terkenal Indonesia Puji Doktor Malaysia

Seram juga baca pengalaman bapa Jessica dekat hospital sana…

Trending Tue, 19 Mar 2019
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

A. Aida Kongsi Detik Antara Hidup & Mati Ketika Koma – “Saya Rasa Seperti Berada Di Atas Langit Yang Berwarna Putih”

Datuk A Aida menyifatkan pengalaman tersebut seolah-olah dirinya berada di persimpangan antara hidup dan mati.

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

‘Beliau Yang Saya Kenal, Sentiasa Jinjing Beg Telekung Ke Mana-Mana,’ -Rizalman

“Jadi, awaslah hati dan tingkah laku kita dari sekarang kerana jika anda melihat isu ini dari sudut keimanan maka anda akan dapat jawapannya, tulis Rizalman…

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

error: Content is protected !!