Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom July 24, 2019 @ 6:28pm

Darah nifas tidak normal, apakah simptomnya?

Apa itu darah nifas, rasanya semua wanita pun tahu dan ianya membawa maksud darah yang keluar daripada rahim wanita selepas keluarnya kandungan di dalam rahim sama ada melalui kelahiran biasa atau keguguran.

Foto: honeykidsasia

Tempoh darah nifas ini lebih panjang berbanding darah haid, di mana ia boleh berlaku selama 40 hari berpantang atau paling singkat 20 hari, namun begitu warna darah nifas yang normal dan tidak normal perlu diketahui bagi menentukan tahap kesihatan wanita yang masih dalam fasa berpantang.

Anda tahu apakah warna darah nifas yang normal dan tidak normal? Berikut alasan dan penjelasan lanjut berkaitannya. Ayuh ibu! kita perhalusi perkara ini.

Dipetik daripada laman web MD, setelah ibu melahirkan tidak kira secara normal atau pembedahan cesarean, ibu akan mengalami pendarahan vagina dengan keluarnya warna darah nifas.

Foto: Deherba

Nifas ini adalah salah satu cara tubuh menyingkirkan darah yang menyokong pertumbuhan janin semasa kehamilan.

Ciri-ciri warna darah nifas yang normal

Berikut ini adalah tanda darah nifas yang normal seperti berikut:

  • Darah nifas kebiasaannya berwarna merah terang yang disertai dengan gumpalan darah selama beberapa hari selepas melahirkan bayi.
  • Anda mungkin mengalami pendarahan nifas lebih banyak ketika aktif bergerak, maka lebih baik sekiranya anda berehat.
  • Darah nifas keluar lebih banyak semasa anda berdiri kerana ia terkumpul di sekitar area vagina semasa duduk atau berbaring.
  • Selepas 10 hari, darah nifas akan lebih sedikit dan mengalami pendarahan ringan atau bercak darah hingga enam minggu selepas bersalin.
  • Anda perlu menggantikan tuala wanita setiap waktu supaya terhindar daripada infeksi.

Ciri-ciri warna darah nifas yang tidak normal

  • Pendarahan yang banyak selepas melahirkan boleh terjadi pada 5 peratus wanita selepas bersalin dan biasanya terjadi 24 jam setelah melahirkan. Selain itu, ia boleh juga terjadi dalam masa 12 minggu pertama setelah bayi dilahirkan.
  • Pendarahan yang serius boleh menyebabkan tekanan darah menurun sekali gus organ tidak mendapat bekalan darah yang cukup. Malah ia juga boleh menyebabkan kematian. Maka bantuan perubatan harus disegerakan.

Berikut ciri darah nifas yang tidak normal: 

  • Pendarahan merah terang pada hari ketiga selepas bersalin.
  • Gumpalan darah lebih besar.
  • Darah terlalu banyak hingga terpaksa menukar tuala wanita dengan lebih kerap.
  • Penglihatan kabur.
  • Panas dingin.
  • Degupan jantung laju.
  • Badan jadi lemah.
  • Mual dan pening kepala.

Punca pendarahan selepas bersalin

1. Melahirkan anak melebihi dari satu bayi atau kelahiran kembar.

2. Bayi lebih besar melebihi 4 kg.

3. Melahirkan bayi beberapa kali pada sebelumnya.

Cara merawat pendarahan selepas bersalin

Doktor yang merawat anda mungkin akan melakukan rawatan seperti di bawah ini:

1. Doktor memberi ubat supaya dapat membantu kontraksi rahim.
2. Mengurut di bahagian rahim oleh petugas hospital atau jururawat.
3. Melakukan laparotomi bagi mengetahui punca pendarahan dan cara menghentikan dengan lebih tepat.
4. Melakukan transfusi darah.
5. Melakukan pembedahan buang rahim.
6. Memberi anda suntikan ubat untuk hentikan pendarahan.

 

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada ibu yang sedang berpantang. Selamat menjalani proses berpantang dengan indah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Jul 2018

Kesan Radiasi Telefon Pintar Boleh Buat Remaja Jadi Pelupa

Pendedahan terhadap radiasi daripada telefon pintar selama setahun sudah cukup untuk memberi kesan buruk kepada bahagian otak.

Sihat Mon, 4 Mar 2019

Katakan tidak pada lemak. Nanti dulu, badan kita perlukan lemak!

Kita perlu bijak kawal pengambilan lemak

Featured Wed, 15 Apr 2020
Sihat Fri, 16 Nov 2018

Penyakit Tibi Boleh Membawa Maut! Kenal Pasti Tanda-Tandanya

Kuman-kuman tibi akan menjadi aktif jika sistem imunisasi gagal menghalang kuman ini dari membiak dalam badan.

Featured Fri, 17 Aug 2018
Featured Mon, 2 Dec 2019
Featured Mon, 6 Apr 2020

Perokok dijangkiti COVID-19 lebih berisiko meninggal dunia

PKP masa sesuai untuk berhenti merokok

Featured Sat, 11 Apr 2020

6 cara mudah untuk kekal sihat tanpa perlu berbelanja!

Berpandukan sifir sihat, anda selamat

Featured Tue, 4 Feb 2020
error: Content is protected !!