Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas February 16, 2018 @ 8:32am

DAVID TEO TETAP BERPANTUN LUAH PERASAAN SEDIH

Tahun Baru Cina kali ini pastinya disambut muram oleh produser, Mejar (K) David Teo yang kehilangan ayah tersayang, Teo Tuan Ching,  akibat kanser paru-paru pada Rabu lalu, di kediamannya di Segamat, Johor.

David yang popular dengan ucapan  pantun setiap kali berbicara turut melahirkan  perasaan sedihnya melalui pantun yang dimuat naik ke Instagramnya.

Pantun empat keratnya  berbunyi:

 ‘Bunga Melati di atas palang

  Sungguh cantik berseri-seri

  Sedihnya hati bukan kepalang

  Kini ayah tiada disisi.”

Pantun tersebut dimuat naik sebagai tanda ucapan  terima kasih kepada semua sahabat handai dan kenalan yang mengucapkan takziah kepadanya.

“Semoga semua diberi kesejahteraan olehNya,” tulis David.

Semasa hayatnya, mendiang Teo, 89,  tinggal bersama David  di Kota Kemuning sebelum pulang ke Segamat kira-kira dua minggu lepas.

David sempat berada di sisi ayahnya semasa mendiang menghembuskan nafas terakhir.

Teo dijangka dikebumikan di Segamat, Selasa depan.

Takziah Mr. David daripada kami semua di xtra.com.

Kredit foto atas: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Irwan Akur Tersingkir Pada Minggu Ke-5 Mentor Otai

Jangan lupa terus saksikan konsert Mentor Otai setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau anda boleh saksikan siaran secara langsung menerusi siaran berdefinisi tinggi hanya di tonton. Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing di portal rasmi kami di www.xtra.com.my

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

“Manusia Tak Akan Berubah Hanya Kerana Rasa Takut” – Zizi Kirana

Zizi Kirana sifatkan manusia berubah mengikut kemahuan sendiri

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Kecoh Pasal Muzik Video Pujaan Hati Nyanyian Adira!

Adakah ini publisiti murahan atau mengikut skrip ?

Hiburan Mon, 25 May 2026

Dekati Golongan Asnaf & Kurang Kemampuan, Quranic Madani Jadi Platform PU Riz Kongsi Pendidikan al-Quran

PU Riz meneruskan usaha dakwah dan pendidikan menerusi pelaksanaan program Quranic Madani yang dimulakan bersama penghuni rumah kebajikan, Rumah Titian Kaseh, baru-baru ini.

error: Content is protected !!