Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 16, 2022 @ 8:36pm

“Kini, Saya Lebih Tenang” – Bertemu Ahli Terapi, Pandemik Beri Hikmah Kepada Afgan Gara-Gara…

Penyanyi Indonesia Afgan mendedahkan dirinya mengalami ‘mental block’ sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, dua tahun lalu.

Menurut Afgan, ketika itu dia memerlukan sistem sokongan terutama daripada keluarga serta rakan-rakan terdekat.

“Ketika pandemik melanda, semuanya terhenti. Saya tak boleh buat persembahan, rakam lagu dan waktu itu juga saya banyak bersendirian.

“Sejak itu, saya alami mental block. Ia adalah tahun yang sangat sukar bagi saya. Justeru, disebabkan itu saya memerlukan sistem sokongan seperti kawan rapat.

“Jika sebelum ini saya bekerja keras selama 13 tahun, namun apabila pademik melanda, saya tidak boleh melakukan banyak perkara. Jadi, saya alami ‘burn out’. Selain itu saya juga alami depresi,” katanya.

Menyedari perkara itu, Afgan mula mengambil keputusan untuk bertemu dengan ahli psikiatari untuk perbaiki banyak perkara.

“Saya mula buat terapi dengan ahli psikiatari sejak pandemik dan rutin itu berlanjutan sehingga sekarang, setiap bulan untuk membuatkan saya untuk keep moving.

“Dalam masa sama, saya bersetuju untuk bertemu pakar kerana ramai antara sahabat saya yang turut melalui hal sama. Jadi, mereka mencadangkan saya untuk mendapatkan bantuan yang serupa.

“Sekarang saya lebih content, spiritual dan tenang. Ada hikmah pandemik ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Afgan bakal menjayakan konsert Afgan Evolution di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam, esok.

Afgan bakal menyanyikan 24 buah lagu termasuk karya-karya daripada album mini terbaharu, +62.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 May 2018

「贼教主」戴佩妮回马开唱! 527门票开卖

金曲歌后PENNY戴佩妮811返马当偷心贼,歌迷朋友们快来抓贼吧!

Featured Fri, 8 Jul 2022

Elvina Mohamad Kecewa Fizikal Anak Sering Dikritik Terlalu Kurus Hingga Didakwa Sakit

Alahai, hati seorang ibu mana tak marah kalau anak dia dikritik kan? Kurus ke gemuk ke yang penting anak kita sihat, bahagia, cukup kasih sayang ibu bapa.. Hm sabar ya Elvina

Featured Fri, 10 Apr 2020
Featured Fri, 26 Oct 2018

Lima Negara Dengan Status Penduduk Paling Gembira, Baru Lihat Gambar Dah Buat Kita Happy!

National Geographic menamakan lima negara didiami penduduk paling gembira!

Trending Tue, 2 Mar 2021
Trending Thu, 9 Aug 2018

Untungnya Wanita Ini Punya Suami Yang Ikhlas Memperisteri Dan Menjaganya

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

Sheila On 7 Konsert Kembali Pada 10 Februari 2018

Konsert itu bakal diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2018

error: Content is protected !!