Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 18, 2025 @ 2:20pm

“Demi Allah! Demi Nama Mak Ayah Saya & Saya Berani Junjung Al-Quran ” – Kamal Adli Nafi ‘Naik Tangan’ Terhadap Uqasha Senrose

Pelakon Kamal Adli nekad mempertahankan diri susulan dakwaan kononnya dia pernah bertindak kasar terhadap isterinya yang juga aktres, Uqasha Senrose.

Dalam kenyataan penuh emosi, Kamal menegaskan,  tuduhan tersebut adalah tidak benar dan bersifat fitnah.

Malah, dia sanggup bersumpah atas nama Allah SWT, ibu bapanya serta berani menjunjung al-Quran bagi menafikan dakwaan berkenaan.

“Dakwaan ini salah. Tapi saya dak agak benda ni. Demi Allah! Saya berani junjung al-Quran saya tak pernah pukul isteri saya.

“Demi Allah saya berani junjung al-Quran atas nama mak ayah saya, saya tak pernah naik tangan terhadap isteri.

“Tapi kenapa baru sekarang baru nak cerita benda ni semua. Ada bukti medical report ke? Laporan polis ke? Tolong tunjuk.

“Saya berani cakap, demi Allah saya tak pukul, naik tangan, tumbuk. Saya dah agak dia boleh main macam ni. Tapi demi Allah. Ini fitnah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Kamal turut mendakwa dia sebenarnya sudah menjangka situasi sedemikian boleh berlaku, namun tetap memilih untuk berdiam diri sebelum ini demi menjaga aib rumah tangga.

“Saya rasa macam ni jelah, pasal saya tak nak ceraikan dia, saya nak pertahankan. Ini aib isteri saya, saya simpan. Apa yang jadi dekat saya, saya tak akan buka,” jelasnya.

Menurut pelakon itu, meskipun sebelum ini pernah timbul perbincangan mengenai isu sama, dia tetap tidak membuka sebarang keburukan Uqasha kepada umum.

“Sebelum ni pun dia ada cakap juga, tapi saya takkan buka aib dia satu pun. Saya sabar. And at the end bila keluar cerita macam ni saya berani junjung al-Quran atas nama ibu bapa saya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

Taufiq Hanafi Jadi Penggali Kubur?

Dah tak nak berlakon ke?

Hiburan Wed, 24 May 2023

David Teo Tiada Masalah Beri Peluang Pada Pengarah Baharu

David Teo beri peluang kepada pengarah baru

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Fiza Halim Mengamuk Di IG?

Sabarlah ya Fiza…

Featured Fri, 12 Dec 2025

Erra Fazira Terharu, Suami Hadiahkan Bunga Emas Sebagai Kejutan… 95 Peratus Persediaan Perkahwinan Diurus Ezwan

“Dia tahu tentang dinar itu, tetapi tidak menjangka jumlahnya 24 keping”- Ezwan Zain

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Featured Thu, 29 Sep 2022

Azrel Ismail Pernah Dicurangi, Kini Pilih Untuk Curang?

Eh pilih untuk curang? Kenapa pulak tu? 🙀

error: Content is protected !!