Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 8, 2019 @ 3:27pm

‘Dia Baik Orangnya, Tindakan Mungkin Provokasi’- Namron Komen Isu Syafie Naswip

Susulan isu putus tunang dengan aktres Aishah Azman, pelakon Syafie Naswip terus mendapat perhatian netizen.

Baru-baru ini, pelakon Mukhsin itu dilaporkan ditahan Polis atas dakwaan memukul bekas tunangnya dalam sebuah insiden yang berlaku dalam kereta.

Hal ini ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah selebriti yang mengenali rapat Syafie.

Pelakon dan pengarah terkenal, Namron mengaku terpanggil menasihatkan netizen agar berhenti mengecam Syafie yang masih belum terbukti salah.

“Walaupun kami tidak rapat tetapi saya percaya dia seorang yang baik akhlaknya. Bukan saya seorang sahaja yang berfikiran begitu malah ada beberapa pelakon yang pernah bekerjasama dengan Syafie juga mengatakan hal sama.

“Saya percaya sekiranya benar dia bertindak begitu, ia mungkin berpunca disebabkan provokasi. Orang yang baik, diam bila sudah marah sampai satu tahap dia mungkin akan bertindak di luar kawalan,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem Warkah di E-Curve, semalam.

Tambah Namron, dia meminta netizen tidak terus menghentam Syafie dengan kata-kata negatif.

“Jaga adab di sosial media. Saya anggap Syafie bijak kerana berdiam diri buat masa ini. Ini satu tuduhan berat untuk ditanggung oleh selebriti seperti dia. Beri dia ruang bertenang dan saya berharap netizen tidak terus memburukkan keadaan,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Namron membintangi filem Warkah yang bakal ditayang bermula 15 Ogos ini lakonan bersama Syazwan Zulkifly, Isyariana, Wafiy dan Rayyana Rayqa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 29 May 2020

[TERKINI] Kaunter Permohonan Rayuan BPN Akan Dibuka Pada 30 & 31 Mei – LHDN

Buat yang masih ingin membuat rayuan tu boleh ke LHDN negeri masing-masing ok!

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Faezah Elai Hanya Perlukan Tudung Labuh, Bukan Fesyen Jenama Mewah

Mula berhijab pada 2015, pelakon Faezah Elai mempunyai caranya tersendiri mengenai cara berfesyen dan menutup aurat. Sering menggayakan tudung labuh, ramai yang memuji caranya menutup aurat selari dengan imej sebenar sebagai seorang muslimah. Baru-baru ini menerusi Instagram, […]

Featured Thu, 25 Aug 2022
Contest Fri, 4 Oct 2019
Featured Sat, 12 Apr 2025

Sambut Menantu Dengan Penuh Restu, Ibu Aliff Aziz Doa Rumah Tangga Anak Dilindungi

Ibu kepada Aisyah Aziz iaitu, Siti Hafiza Basharahil meluahkan rasa syukur diatas pernikahan anaknya bersama Dr Fakhrudin Amir Ismail.

Events Tue, 5 Mar 2019

Siri Jelajah DFKL Pertama Raih Sambutan Hangat

Siri DFKL 2019 turut memperkenalkan platform baru menerusi Sesi Pencarian Influencer khusus untuk mengasah bakat baru yang ada pada generasi muda.

error: Content is protected !!