Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 20, 2019 @ 12:00pm

Diana Danielle Kongsi Tips Lawan ‘Anxiety Attack’

Bertarung dengan kebimbangan melampau sejak dua minggu lalu, pelakon Datin Diana Danielle berkongsi cara dia menangani masalah itu bersama pengikut di Instagram.

Isteri kepada pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil itu terbuka berkongsi beberapa langkah dalam proses penyembuhan.

“One of the best and most helpful tips to manage anxiety yang D dapat (selain baca Al-Quran, ambil air sembahyang, dzikir) is to take eating seriously.

“Makanan bernutrisi yang menyokong badan kita yang kerja keras setiap hari. Bila badan tak cukup zat, it can send mixed signals to the brain dan boleh jadi hormonal imbalance yang menyebabkan badan kita huru hara,” katanya.

Sebelum ini, pelakon filem Hanyut itu memberitahu masalah yang dilalui itu membuatkan dia sukar bernafas selama beberapa hari dan ia sangat menakutkan.

“Beberapa hari ini saya mengidam untuk makan sup—sup sayur, sup protein dan banyak lagi. Banyak betul angin keluar dari badan. Beberapa bulan kebelakangan ini, berat badan D juga turun sekitar 10 kg dan D jadi addicted to coffee (kopi berangin tak bagus) sampai minum 5-6 cawan sehari.

“Bila minum kopi D jadi tak lapar and selalu skip meals. Kadang terminum kopi past 9pm so tidur pun 3-4 am. This lifestyle yang membawa padah. Stress level dalam badan tak turun yang boleh jadikan kita tak boleh tampung semua yang kita nak kena buat hari-hari,” katanya. 

 
 
 
View this post on Instagram

One of the best and most helpful tips to manage anxiety yang D dapat (selain baca Al-Quran, ambil air sembahyang, dzikir) is to take eating seriously. Good nutritious food yg support badan kita yg kerja keras every day. Bila badan tak cukup zat, it can send mixed signals to the brain dan boleh jadi hormonal imbalance yang menyebabkan badan kita huru hara. . So for the past couple of days I crave soup — vege soup, protein soup, etc.. and byk betul angin keluar dari badan. For the past couple of months berat D turun around 10kg dan D jadi addicted to coffee (kopi berangin tak bagus) sampai minum 5-6 cawan sehari. Bila minum kopi D jadi tak lapar and slalu skip meals. Kadang terminum kopi past 9pm so tidur pun 3-4am. This lifestyle la yang membawa padah. Stress level dalam badan tak turun2 yg boleh jadikan kita tak boleh tampung semua yg kita nak kena buat hari hari. D baca semua komen anda, dari budak sekolah sampai pangkat nenek pun diserang Anxiety. . So utk elak terkena anxiety sbb pemakanan elak makan benda2 berangin selalu. Drink hot or warm water and make sure makan ikut masa. Penting sgt. . Let’s talk about how to take care of our body better okay? . I’m slowly getting better — semput tak seteruk semalam. Alhamdulillah tq semua.

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Terdahulu, Diana menerusi satu muat naik, semalam berkata, dia berdepan gangguan dengan tanda awal seperti tapak tangan berpeluh, sukar tidur, dada berdebar, kurang rehat dan hilang selera makan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

Jaga Aurat Isteri, Aeril Zafrel Dipuji Warganet – “Kita Ini Meniaga Jangan Tunjuk Aurat”

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kembali tular di media sosial kerana aksi mereka yang berjaya meraih perhatian netizen. @kakmid8803 Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je […]

Hiburan Mon, 7 May 2018

黎明姨安祥离世 享年90岁

90岁大马国宝级艺人拿督黎明,早前送入加护病房,日前才传出她精神良好及病情好转,然而却在周日(6日)早上11时许离世。

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Ezlynn Kecewa Lagu Kurang Popular?

Mungkin kali ini kurang menerima sambutan, sebaliknya rezeki pada masa akan datang pula.

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Fad Tak Kisah Kalau Tak Menang, Asalkan…

Tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular dan Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31, Fad mengaku dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

Dengar-Dengar Kamal Adli Beli Kereta Baru?

Haa.. hari tu hilang kereta kini pelakon Kamal Adli dah mempunyai kereta baru betul ke?

Hiburan Wed, 12 Nov 2025

Berjaya Ukir Senyuman Penonton, Filem The First Ride Angkat Tema Persahabatan & Impian

Diarahkan oleh Nam Dae-jung, filem ini menampilkan barisan pelakon popular termasuk Kang Ha Neul, Kim Young Kwang, Cha Eun Woo, Kang Young Seok & Han Sun Hwa.

Featured Wed, 4 Mar 2026

Foto Lama Pakai Baju Sendat Ditularkan Semula, Netizen Tegur Qistina Raisah: “Dah Besar Dik, Pergi Pakai Lagi Baju Budak 0-6 Months Kenapa?”

Pelakon Qistina Raisah menyorot perhatian ramai selepas foto lamanya kembali tular di platform media sosial baru-baru ini.

error: Content is protected !!