Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 20, 2024 @ 7:08pm

Didakwa Berdepan Masalah Peribadi, ‘Gimik’ Amir Masdi Menjadi? – “Kali Ni Saya Dapat Perhatian Yang Lebih”

Susulan ciapannya menerusi platform X tular sehingga ramai peminat berteka-teki mengenai situasi diri, penyanyi Amir Masdi tampil memberikan respons.

Katanya ketika ditemui XTRA, dia tidak berdepan sebarang masalah peribadi melainkan ia hanyalah idea untuknya sebelum melancarkan album.

Dan, ciapan tersebut adalah sebahagian daripada bait lirik lagu di dalam album tersebut.

“Sebenarnya, saya sedang dalam fasa dalam mempromosikan album yang akan dilancarkan pada Oktober nanti.

“Jadi di X adalah salah satu cara untuk saya kongsikan tentang petikan-petikan lagu dan mesej dari album. Jadi ianya adalah teaser,” katanya.

Amir berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Hausboom Music Festival 2024 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amir juga tidak menyangka sama sekali apabila ‘gimik’ nya di X mendapat perhatian peminatnya.

“Saya tak sangka peminat akan beri perhatian seperti itu. Boleh dikatakan ianya gimik yang secara tidak langsung.

“Saya rasa kali ini saya mendapat perhatian yang lebih, jadi saya rasa peminat akan memahami cara saya itu adalah untuk mempromosikan lagu,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai album barunya, pelantun lagu Kau Sakiti ini berkata, lagu-lagu yang dihasilkan dalam album kali ini adalah berkisarkan tentang pengalaman yang pernah dilaluinya.

“Album ini turut mengandungi dua lagu Inggeris dan terdiri daripada 12 buah lagu. Album ini ditulis sepenuhnya oleh saya dan Edry Abdul Halim.

“Lagu-lagu yang ada di dalam album ini adalah tentang cinta, berfikir di luar kotak dan mengenai individu yang mengambil kesempatan terhadap saya. Ada juga lagu-lagu yang membawa mesej positif.

“Ketika proses menulis lagu, Edry bertanya tentang pengalaman perit yang tidak dapat saya lupakan. Jadi itu adalah pengalaman peribadi.

“Kawan-kawan yang kita percaya kadang kala yang memanipulasi dan ditikam belakang, jadi saya ambil daripada pengalaman itu,” ujarnya.

Terdahulu, Amir menerusi platform X mencuri tumpuan pengikutnya apabila berkongsi kata-kata seakan meluahkan perasaan kesalnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Jan 2022
Hiburan Thu, 30 Apr 2026

Isu Artis Tunai Solat Dipersoal, Aznil Nawawi Tampil Perjelas Elak Fitnah

Aznil, 64, berkongsi caranya yang mengambil air wuduk terlebih dahulu sebelum wajahnya memakai sebarang solekan.

Featured Tue, 9 Feb 2021
Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Mizie Kamis Tampil Dengan ‘Sampai Bila’

Lagu baru dari Mizie Kamis! 😍

LIFESTYLE Tue, 27 Nov 2018

Pencarian Safari GROM Kembali Lagi, Jom Ke Cherating Pada 7-9 Disember Ini

Acara tahun ini juga terbuka kepada dua kategori iaitu shortboard dan longboard dan peserta bakal menang hadiah wang tunai RM 3000 dan Modenas Pulsar NS 200. Nak menang? Jumpa anda di sana okay? 

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Eyra Hazali Sudah Bertudung, Semoga Kekal Istiqamah!

Alhamdulillah… semoga kekal istiqamah.

Featured Wed, 30 Nov 2022

Susulan Kes Dadah, Farid Kamil Didenda RM5,000 & Terlepas Hukuman Penjara 9 Bulan

Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan – Farid Kamil

error: Content is protected !!