Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 5, 2025 @ 1:00pm

Didakwa ‘Try Hard’ Tiru Gaya Amir Ahnaf, Fitri Farok Enggan Komen

Pelakon meningkat naik, Fitri Farok memilih untuk tidak memberi sebarang respons terhadap kritikan segelintir netizen yang mendakwa dirinya ‘terlalu mencuba’ meniru gaya lakonan pelakon popular, Amir Ahnaf.

Spekulasi itu tercetus selepas tular sebuah video di platform TikTok memaparkan salah satu babak lakonannya dalam drama Anak Anak Mafia, yang menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial khususnya berkaitan cara pembawaan wataknya.

Menurut pengurusnya, Nadia Nazri, Fitri mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai kecaman tersebut kerana ingin mengekalkan aura positif dalam kerjayanya.

“Fitri buat masa ini memilih untuk tidak mengulas komen-komen berkaitan prestasinya. Dia lebih selesa fokus kepada perkara yang membina dan kekalkan suasana positif,” katanya ketika dihubungi XTRA.

@tontonmy

Tahu pun takut Andra masuk Serigala Merah… kenapa, rasa terancam ke? 😏 ▶ Strim AnakAnakMafia hanya di @Tontonmy! @mierulaiman sebagai Andra @fitrifarok sebagai Ice Wijaya @schaelinnea sebagai Katrina Rafael @farizisqandar sebagai Black @zhen.ningg sebagai Rudy @fadhlimasoot sebagai Jefri @yaakobabdaziz sebagai Arie Wijaya @zarulumbrella sebagai Rasheed @abbyabadi_112 sebagai Azura @zaczafranz sebagai Qabil @zairiaaziz sebagai Ghazi @roysman65 sebagai Rafael @nicolai3204 sebagai Jackie @syefikk sebagai Daus @shyrim_husni sebagai Tuan Bahari @mutalibmubin sebagai Dhaim @bazlyhanif sebagai Khodi Terbitan: @zeelproduction Penulis Skrip: @marrmohamad @sweettoothmsia sigmaofhiteawolfpack Arahan: @shuhaimizulkefli OST: Arus dan Arah @firdausrahmat AnakAnakMafia TontonOriginals DramaSangat

♬ original sound – Tonton MY – Tonton MY

Drama 10 episod itu yang mula ditayangkan di platform Tonton sejak 12 Jun lalu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Scha Elinnea, Fariz Isqandar, Zhen Ning dan ramai lagi.

Drama arahan Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd ini mengisahkan Andra lakonan Mierul, iaitu pemuda dari Pakistan yang nekad pergi ke Kuala Lumpur untuk membalas dendam atas kematian ayah dan ibunya, kira-kira 24 tahun lalu. Andra bertemu sekumpulan anak-anak mafia dikenali sebagai 717.

Andra mula mengenali Ice, iaitu ketua 717 serta kawan-kawannya iaitu Katrina, Rudy dan Black. Mereka adalah anak kepada kumpulan mafia yang menyebabkan kematian ayah Andra, kira-kira 24 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Berlakon Dalam ‘Anak-Anak Mafia’, Fitri Farok Gementar Terima Komen Daripada Normah Damanhuri – “Nenda Memang Power Tapi…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Mar 2020

Covid-19:Nourul Depp Gabung Penyanyi Tanah Air, Beri Semangat Buat Rakyat Malaysia

WALAUPUN penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan dengan peningkatan angka kematian saban hari,perkara ini  tidak mematahkan semangat patriotik dan cintakan negara untuk barisan penyanyi dan selebriti tanah air kita.  Penyanyi Nourul Depp bertindak menghasilkan video menggabungkan […]

Trending Mon, 23 Jul 2018

Bahaya Terjatuh Dari Kereta Antara Sebab Pak Nil Tak Setuju Dengan Keke Challenge

Pak Nil menyifatkan tarian itu tidak berfaedah malah boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan diri.

Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Hiburan Mon, 15 May 2023

[VIDEO] Chan Yeol Terkejut Munabella Boleh Bertutur Bahasa Korea

sekarang ni semua pandai cakap bahasa korea pengaruh kdrama kuat sangat

Kes Mahkamah Tue, 18 Jul 2023
Hiburan Mon, 16 Oct 2023
error: Content is protected !!