Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 21, 2024 @ 11:16am

Didakwa ‘Try Hard’ & Tumpang Populariti Isu Cerai Fattah Amin, Fazura… Sherry Ibrahim Bengang

Selepas menitipkan kata-kata semangat kepada aktor popular, Fattah Amin sebaik sahaja kes perceraiannya selesai, pelakon Sherry Ibrahim kini terpalit pula dengan dakwaan terlalu ‘try hard’  untuk menjadi Fazura.

Menerusi beberapa komen balas yang ditinggalkan netizen di ruangan media sosialnya, rata-ratanya berpendapat bahawa Sherry seolah-olah ingin menjadi Fazura termasuklah ada yang menegur gaya tudungnya yang seakan-akan aktres popular itu.

Bagaimanapun, sedar dengan komen yang ditinggalkan, Sherry akhirnya tampil menegur tindakan individu berkenaan.

Tidak habis disitu, pemilik nama penuh, Syarizad Ibrahim, 41, itu juga kelihatan bengang dek kerana video nyanyian yang dimuat naik di platform TikTok nya berjudul ‘Sampai Ku Menutup Mata’ disalah ertikan.

Ini kerana, ada individu mendakwa bahawa tindakannya itu seolah-olah sengaja mencari perhatian Fattah Amin.

Justeru, tidak mahu perkara tersebut terus menerus menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen, Sherry bagaimanapun berharap agar orang ramai diluar sana berhenti menyebarkan fitnah terhadapnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak […]

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

’Saya Bukan Imam Yang Baik’- Rashidi Ishak Umum Bercerai

‘Saya bukanlah seorang imam yang baik,” kata pelakon Rashidi Ishak memaklumkan memaklumkan dia dan isteri, pelakon Vanidah Imran sudah bercerai sejak 9 Ogos 2018. Pengakuan beliau akhirnya menjawab teka teki yang menjadi persoalan orang ramai […]

Kes Mahkamah Fri, 22 Dec 2023
Featured Wed, 10 Nov 2021

Ajar Anak Hargai Pengutip Sampah, Tindakan Keluarga Ini Mendapat Pujian Ramai

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah. Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang […]

Featured Thu, 9 Dec 2021

V BTS Tak Sengaja Follow Jennie BLACKPINK Di Instagram, Ramai Peminat Kecewa & Marah.. Sampai Ada Yang Kecam!

Baru-baru ini, ahli kumpulan K-Pop popular BTS telah mula membuka akaun Instagram individu mereka. Belum sampai seminggu, sudah berlaku kontroversi apabila salah seorang dari ahli BTS, V mengikuti Jennie dari kumpulan BLACKPINK. Seperti ahli-ahli BTS […]

Featured Tue, 23 May 2023
Trending Tue, 28 May 2019

胖不是你的错!肥胖还有等「坏基因」也会遗传

健康的身体人人都希望有,但您知道吗?高度近视、喝水就会胖、明明体重正常却有高血脂、恼人的过敏等症状,都很有可能是父母遗传给您的!

error: Content is protected !!