Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 11, 2022 @ 5:14pm

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Pelakon dan pelawak, Didie Alias berkongsi pengalaman hidupnya yang pernah susah mencari rezeki pada suatu ketika dulu.

Menurutnya, dia pernah berniaga di dalam kelab malam bagi menampung hidup untuk membesarkan anak-anak.

“Saya pergi Danok naik bas untuk beli barangan wanita, pakaian dalam wanita dan saya jual kepada GRO-GRO di dalam sana,” katanya.

Didie ditemui semasa di acara Bicara Inspirasi Nona yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara baru-baru ini.

Tambahnya, dia pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan hanya tidur beberapa jam sahaja namun dia tidak pernah mengeluh dan terus kuat mencari rezeki demi anak-anak.

Pada masa sama, Didie mendedahkan suaminya sanggup menggunakan wangnya sendiri untuk membeli rumah untuk anak-anaknya dimana ketika itu mereka hanya berkawan.

“Waktu itu saya sangat-sangat susah, saya menyewa di apartment dan dihalau keluar kerana tak mampu nak bayar tapi Allah munculkan seorang lelaki bujang dalam hidup saya.

“Saya hanya berkawan sahaja dengan dia masa itu tapi dia sanggup keluarkan duitnya sendiri untuk membeli rumah untuk anak-anak.

“Saya nak ucap terima kasih kepada suami saya kalau tidak mungkin saya ditepi jalan dengan anak-anak,” ujarnya sebak.

Ibu kepada lima orang anak ini juga berpesan kepada semua wanita dan terutamanya ibu tunggal supaya terus berusaha dan jangan mudah patah semangat jika dipandang rendah oleh masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Aug 2018

Kenali Jenis Kulit Anda Dengan Hanya Menggunakan Tisu

Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

Hiburan Fri, 21 Feb 2020
LIFESTYLE Fri, 20 Jul 2018

Bila Anak Diserang HFMD, Apa Perlu Kamu Tahu?

Kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus tau. Harus tahu, HFMD disebabkan jangkitan virus.

Featured Wed, 11 Sep 2019
Fab Foodies! Wed, 13 Mar 2019

Check Out the Latest Rooftop Bar & Lounge in with a Breathtaking View of Kuala Lumpur

It’s the newest place to check out for a lovely evening with a breathtaking view of the city.

Events Mon, 17 Feb 2025
error: Content is protected !!