Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 30, 2026 @ 1:44pm

Didik Anak Faham Segala Milik Allah, Neelofa & PU Riz Kawal Guna Gajet Sejak Kecil – “Besar Nanti Mereka Senang Faham”

Selebriti terkenal, Neelofa berkongsi pendekatan yang diamalkan bersama suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dalam mendidik dua cahaya mata mereka, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas agar membesar dengan nilai keagamaan serta disiplin yang kukuh.

Menurut Neelofa, antara perkara utama yang diterapkan adalah kefahaman bahawa segala yang dimiliki di dunia hanyalah pinjaman daripada Allah SWT.

“Ajar perlahan-lahan kepada mereka bahawa segala yang ada ini adalah milik Allah supaya bila besar nanti mereka senang faham,” katanya.

Tidak terlepas berdepan cabaran sebagai ibu bapa terutamanya di zaman moden ini, Neelofa berkata, penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak tetap dikawal rapi.

“Kita pun tidak terkecuali, kita bagi juga mereka tengok televisyen dan menggunakan gajet. Tapi, saya dan Haris memang kawal penggunaan mereka dengan mengajar mereka meminta izin terlebih dahulu.

“Sehingga kini mereka masih melakukannya. Kedua, kami tetapkan had limit masa dan sentiasa ingatkan mereka dengan cara kiraan masa. Dengan cara itu mereka tahu ada kiraan detik itu.

“Mereka juga tidak akan mengamuk kerana mereka sudah tahu ada had masa untuk bermain gajet,” jelasnya ketika ditemu bual bersama Nana Mahazan dan Faizal Ismail menerusi Zayan FM.

Berkongsi lanjut, bekas pengacara program popular di TV3, Nona itu berkata, anak sulungnya, Bilal kini mula memahami konsep tersebut apabila sering diingatkan bahawa alam semesta adalah milik Sang Pencipta.

“Seperti Bilal, dia baru mula nak faham. Saya selalu ingatkan dia bahawa segala yang ada adalah milik Allah. Saya selalu cakap bahawa langit, matahari dan bulan itu Allah yang punya.

“Sebab kadang-kadang dia minta langit gelap pada siang hari, mahukan matahari dan bulan jadi saya fahamkan dia tentang itu,” kongsinya.

Sementara itu, Haris meluahkan rasa kagum terhadap kesungguhan Neelofa dalam mendisiplinkan anak-anak mereka, termasuk membiasakan amalan zikir setiap pagi.

“Yang bagusnya, setiap pagi Neelofa dan anak-anak amalkan zikir pagi. Macam saya tidak lakukan sangat.

“Mereka sudah ingat zikir tersebut dari buku ke buku dengan turutan nombornya sekali. Kalau salah nombor itu mereka akan betulkan. Itulah Neelofa yang banyak amalkan amalan zikir pagi.

“Itu juga cara nak mengingat mereka tentang kematian supaya dia bersedia dengan sebarang cabaran pada hari itu. InsyaAllah dilindungi,” ujarnya.

Sumber: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 May 2024

“Orang Tak Tengok Saat Kita Sabar, Tapi Tengok Saat Kita Kurang Ajar” – Kak KM

“Orang tak tengok saat kita sabar, tapi saat kita kurang ajar,” demikian kata usahawan terkenal Liana Rosli atau Kak KM yang lantang mengulas punca sesuatu hubungan itu menjadi hambar dalam kehidupan berpasangan. Menurut Kak KM, […]

Featured Wed, 29 Apr 2020

Rakyat dibenarkan bergerak dua orang dalam satu kenderaan

SOP pergerakan dilonggarkan demi kepentingan rakyat

Hiburan Mon, 28 Apr 2025

Pendidikan Tinggi, Tapi Pilih Jadi Suri Rumah? Leona Anggap Satu Pengorbanan Hebat

Leona tak setuju pemikiran rugi wanita berpelajaran hanya jadi suri rumah

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Saya Belum Layak Bergelar Jutawan – Shuib Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu berasa takut digelar jutawan hanya disebabkan ada beberapa jenis bisnes. “Siapalah saya ni, hanya penyampai radio dan makan gaji. Buat bisnes pun biasa-biasa saja, kadang kala untung dan rugi. […]

Hiburan Sun, 13 Oct 2019

Peruntukan RM20 Juta Dalam Belanjawan 2020 Untuk Penggiat Animasi Tempatan

Penggiat animasi tempatan menyifatkan, peruntukan RM20 juta melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memupuk bakat tempatan dalam menghasilkan kandungan digital mampu melonjakkan lagi potensi produksi animasi negara. Pengumuman dan RM20 juta itu yang telah […]

Trending Thu, 19 Apr 2018

Selepas 25 Tahun, Kumpulan KRU Akan Dibubarkan Bulan Depan. Girls! Jangan Nangis Ya

Kumpulan trio KRU akan dibubar bulan depan. Anda janganlah sedih.

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Tahniah! Tya Ariffin Hamil Anak Kedua

Wah… Ariff Jiwa bakal bergelar abang tak lama lagi!

error: Content is protected !!