Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 7, 2021 @ 1:21pm

Dipilih Sebagai Duta Projek, Patung Ejen Ali & Alicia Dipamer di River of Life

Patung figura animasi popular, Ejen Ali dan Alicia mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama dipamerkan di lokasi tarikan pelancongan terkemuka River of Life (RoL) yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur bermula 4 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihak Media Prima Berhad dan WAU Animation selaku penerbit Ejen Ali berbangga apabila karakter animasi itu dipilih sebagai duta projek memfokuskan pemeliharaan alam sekitar dan sungai terbabit.

“Sebagai jenama animasi yang berjaya menyentuh ramai, sememangnya kerjasama ini sangat bermakna buat kami. Sebagaimana masyarakat tahu, penjenamaan Ejen Ali itu sendiri sudah begitu kuat.

“Kini, ia dipilih pula untuk tujuan murni berkisar memberi kesedaran mengenai penjagaan kesihatan, sungai, dan lain-lain. Sekali gus, ia membuktikan animasi ini mampu membawa perubahan dalam masyarakat,” katanya.

Pada 4 April lalu, upacara pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Khairul serta beberapa kenamaan lain.

Turut berkongsi kegembiraan itu, pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, mereka berbesar-hati menyokong penuh misi terbabit yang semestinya begitu penting untuk meningkatkan kesedaran ramai.

“Daripada pihak kami pula, lima video mengenai kesedaran penjagaan alam sekitar dan sungai dihasilkan sempena projek ini. Kami berharap ia bakal meninggalkan kesan mendalam dan bermanfaat dalam mencapai misi kesedaran ini,” katanya.

Pada masa sama, Usamah berharap patung figura seberat 350 kilogram dan berketinggian empat hingga lima kaki terbabit tidak akan menjadi mangsa vandalisme.

“Memandangkan ia dipamerkan di tempat awam, harapnya pengunjung tidak akan merosakkannya. Kami ingin melihat patung figura itu menjadi lambang penting dalam misi murni projek ini,” katanya.

Kerjasama terbabit adalah inisiatif terbaru Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam misi memastikan mesej mengenai kepentingan penjagaan sungai sebagai sumber bekalan air bersih dan sebagai habitat alam semula jadi diterima secara berkesan.

Ejen Ali dipilih sebagai ikon kempen kesedaran ini demi memberikan impak yang lebih signifikan kepada usaha untuk memberi pemahaman kepada orang ramai mengenai objektif dan manfaat projek RoL dalam penjagaan sungai di kota raya ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Fri, 14 Sep 2018

Coretan Indah Fazura Buat Fattah Sempena Ulang Tahun Ke-28 Suaminya. Happy Birthday Fattah!

Fazura mengusik hati netizen dengan beberapa posting romantis di Instagram sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Fattah Amin.

Hiburan Tue, 4 Jan 2022

Intan Payung Layak Ke AJL36, Noraniza Idris Bakal Nyanyi Dengan Bunga

Bintang rap wanita, Bunga, 22, mengesahkan dia bakal mempertandingkan lagu kolaborasi Intan Payung bersama penyanyi Noraniza Idris di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36). Perkara ini juga menjawab status penyanyi baru, Amsyar Leee yang menggantikan […]

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Kenapa Perlu Bersangka Buruk? Tak Takut Dengan Fitnah?” – Sherry Ibrahim

Sherry turut menegaskan hantaran tersebut tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebut netizen

Featured Tue, 2 Nov 2021

Selepas Penangguhan Selama Sebulan, DBKL Larang Penjualan Arak Bermula 1 November

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menguatkuasa larangan penjualan arak (liquor) di premis perniagaan seperti kedai ubat Cina, kedai serbaneka dan kedai runcit bermula Isnin, 1 November 2021. Walaubagaimanapun, premis yang berkenaan masih boleh menjual […]

Featured Thu, 18 Mar 2021
error: Content is protected !!