Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 22, 2025 @ 5:04pm

“Doktor Kata Saraf Kaki Mak Saya Dah Mati, Luka Je Memang Kaki Terus Hitam”- Ardell Aryana Fokus Kesihatan Ibu

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana tampil menegaskan, dia bukanlah seorang anak tunggal seperti yang didakwa.

Katanya, dia mempunyai seorang kakak yang sanggup berkorban tenaga membantu menjaga ibunya, Sawiyah Abdullah yang sedang sakit ketika dia mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

ARTIKEL BERKAITAN:Ardell Aryana Syukur Dapat Kafan & Tanam Kaki Ibu – “Wahai Kaki Ibuku Yang Banyak Berjasa..”

Jelasnya, dia kini sedang memberikan fokus kepada penjagaan menyeluruh ibunya yang kini hanya mempunyai sebelah kaki akibat komplikasi diabetes kronik.

“Ada yang cakap saya ni anak tunggal. Tak adalah, saya ada kakak. Kesian kakak saya, dialah yang jaga mak saya sepanjanga saya pergi misi smapai sanggup pencen awal. Tak bekerja sampai sanggup jaga mak saya sepanjang saya pergi 6 bulan tu.

“Sekarang tak boleh banyak rehat. Sekarang ni fokus mak saya sahaja. Suap dia makan, bukan tak boleh makan tapi memang kena suap mak. Ulang alik hospital, kita usaha sekali mak masih ada.

“Layan dia punya jerit-jerit, benda ni nanti yangs aya akan rindu. Sebab sebelum ni mak saua tak pernah meracau.

“Sebelum ni kaki dia belah kanan yang tak ada kan, sekarang ni belah kiri pula. Doktor kata saraf kaki mak saya dah mati, jadi kalau luka je memang kaki akan terus hitam,” katanya.

Dalam pada itu, Ardell juga berharap orang ramai mendoakan agar ibunya itu diberikan kekuatan seperti saudara kita di Gaza.

“Saya tak sedih pun tapi ni ya sebelah kaki dia lagi. Kau orang semua doakan tau yang ramai-ramai dalam live  ni.

“Mana tahu salah satu doa-doa kalian yang diangkat. Doakan mak saya kuat macam saudara-saudara kita dekat Gaza,” jelasnya.

@blackempiress Saya tak boleh rehat, sy jaga mak saya .. mak saya jerit² dan menda ni yang saya akan rindu 😭Doakan mak saya kuat macam suadara kita kat G 🥺.. Min tgk Ardell banyak termenung dan fikirkan sesuatu, moga dipermudahkan urusan ardell sekeluarga 🥺 #fyp #hasbunallahwaniqmalwakil #sumudflotilla #ardellaryana #viral ♬ original sound – blackempire

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Putus Cinta, Dina Nadzir Mengakui Pernah Murung?

Semoga tahun 2020 ini, Dina akan berjumpa dengan pasangan hidup!

Featured Thu, 30 Mar 2023
Trending Sat, 13 Jun 2020

Solat Jumaat Ditangguhkan Kepada 19 Jun- JHEAINS

Baca betul betul dekat negeri mana..

Trending Mon, 27 Nov 2017

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Ramai Terperangkap Di Bali

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Masih Ramai Tak Dapat Pulang Dari Bali

Featured Mon, 10 Mar 2025

Salah Isi Borang Punca Kes Lafaz Taklik Along Cham Ditunda

Kes ditangguhkan selepas terrdapat kekeliruan mengisi borang permohonan berkenaan butiran taklik dilafazkan.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Mon, 23 May 2022
error: Content is protected !!