Drama By: Afiqah Azizan August 21, 2023 @ 11:41am

Megat Sharizal dan Faizul A Rashid Berganding Bahu Untuk ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’

‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’ adalah siri Tonton Original yang mengetengahkan genre drama jenayah. Ia berkisar kematian Syerinie yang telah dibunuh dengan kejam. Fatema (lakonan Zahirah Macwilson) merupakan seorang wartawan Harian Metro. Dia berhasrat untuk membuat liputan tentang kes yang menggegarkan negara ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Walau bagaimanapun, hasratnya itu tidak mendapat kelulusan oleh editornya. Tugasan ini telah diberi kepada rakan sejawatnya, Rozimi (lakonan Aloy Paradoks). Tanpa menghiraukan arahan yang dikeluarkan, Fatema telah mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Rozimi bagi kes ini.

Namun, perkembangan liputan ini telah membawa kepada persoalan utama yang perlu dijawab iaitu ‘Siapa lelaki itu?’

Drama ini sememangnya menyajikan kelainan buat penonton seni tempatan. Megat Sharizal dan Faizul A Rashid telah berkongsi pengalaman menjayakan siri ini sebagai pengarah bersama.

Kedua-dua mereka bukanlah nama asing dalam industri tempatan dan ini bukanlah kali pertama mereka bekerjasama. Bagi Megat, bekerja dengan Faizul adalah proses yang tidak sukar “kerana cara kami bekerja tidak jauh daripada sesama sendiri.” Faizul juga berkongsi sentimen yang sama. “Keserasian pandangan serta idea membuatkan usahasama ini mudah untuk dijalankan,” ujarnya.

Menurut Megat yang telah berkecimpung dalam dunia seni tanah air selama hampir dua dekad, apa yang menarik minatnya untuk turut terlibat dalam siri ini adalah kerana jalan ceritanya yang lain daripada yang lain. Dia juga menganggap hal ini sebagai satu kejayaan indah baginya. Siri ini diilhamkan berdasarkan kes sebenar. Megat memaklumkan bahawa “Ia adalah gabungan daripada kes-kes sebenar yang berlaku yang pernah dilalui oleh Dato Saniey boy sendiri. Sebagai wartawan, dia pernah siasat beberapa kes yang pernah berlaku dan ini adalah berdasarkan kes-kes yang dia pernah siasat.”

Faizul juga mengutarakan pandangan yang serupa. “Pada kebiasaannya, cerita penyiasatan adalah dari pihak polis ataupun sudut pandang penyiasat. Jarang ditonjolkan penyiasatan dari sudut pandang wartawan.” Tambahnya lagi, “Apabila mendengar beberapa cerita yang membuatkan bulu roma meremang dari Dato Sani, terus saya menyatakan persetujuan untuk mengarah. Dari secebis idea, saya ceritakan kepada Megat dan kami sama-sama bertukar pandangan dan seterusnya, menyuntik idea bagi menghasilkan Drama MCS ini.”

Kredit gambar: https://mubi.com/en/cast/faizul-a-rashid

Pemegang ijazah Master of Arts dari University of Wales ini juga merasakan bahawa gandingan Zahirah Macwilson dan Aloy Paradoks sebagai pelakon utama siri ini adalah keputusan yang tepat. “Aloy dah Zahirah memang pilihan yang tepat kerana mereka suka dengan skrip. Jadi amat bertepatan dengan kehendak skrip, keserasian antara mereka dapat dilihat apabila kedua dua mereka mendalami skrip dan watak masing masing,” katanya.

Megat turut memuji kredibiliti pelakon-pelakon utama siri ini. Zahirah disifatkannya sebagai seorang pelakon yang bekerja keras dalam mencari karakter yang dibawa. Semasa pertemuan pertamanya dengan pelakon wanita ini untuk siri ini, Megat telah memaklumkan bahawa watak ini perlu merokok. “Dia tak ada bantahan. Walaupun dia bukan seorang perokok tetapi demi karakter, dia mencuba,” ujar Megat.

“Selain itu, dia rajin berbincang. Pada pendapat saya, pelakon yang bagus ni adalah pelakon yang berfikir. Jadi Zahirah ni ada banyak menelaah wataknya – kenapa watak dia buat suatu perkara itu. Dia tak tunggu disuap.”

Megat juga menyatakan kegembiraannya terhadap peluang yang diberi kepada Aloy yang mempunyai pengalaman meluas dalam lakonan teater. “Saya amat gembira Aloy diberi watak utama sebab kita dekat sini selalu terlepas pandang pelakon-pelakon yang bagus seperti Aloy ini kerana terlalu pentingkan nama, (jumlah) pengikut dan rupa. Tetapi saya rasa ramai pelakon berbakat macam Aloy ini patut diberi peluang. Aloy sesuai sangat dengan karakter ni dan dia membawa karakter ini dengan penuh dedikasi,” katanya. “Gandingan Aloy dan Zahirah ini sangat berjaya dan mereka saling melengkapi.”

Tentang cabaran yang dilalui sewaktu penggambaran, Faizul memberitahu “Salah satu cabaran adalah ketika kami ingin membuat penggambaran di luar adalah lambakan bendera parti politik. Ini adalah kerana sewaktu penggambaran dijalankan, ianya adalah tarikh kempen pilihan raya.” Namun, hal ini dapat diatasi dengan baik.

Megat juga berkongsi fakta menarik, “Salah seorang pelakon kita yang memegang watak Yasmin iaitu Aqilah Abas, dia juga adalah seorang penggusti wanita.”

Tentang mengapa siri ini wajib ditonton, Megat menjawab, “Kita ada cerita yang bagus dan saya rasa dalam siri ini, kita banyak mencuba benda-benda yang kita ambil risiko dari segi penyampaian cerita menjadikan cerita ini macam realiti. Cerita ini juga memaparkan kisah di sebalik tabir yang kita jarang nampak iaitu bagaimana kehidupan seorang wartawan.”

Faizul juga berkata, “Siri ini memang lain dari yang lain. Ia merupakan siri kewartawanan jenayah yang pertama di Malaysia yang semestinya akan membuatkan penonton mengikuti setiap episod bagi mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya.”

Cerita Apa? ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’
Bila? Saksikan dua episod terbaharu pada setiap hari Khamis
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 18 Aug 2022

“Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Awww…. ramai nampanya yang ship eyh dengan diorang ni♡♡♡

Drama Thu, 14 Dec 2023
Drama Mon, 11 Dec 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Alice Kampung Baru’

Memulakan kehidupan baru bukanlah perkara mudah.

Drama Fri, 20 Jan 2023
Drama Fri, 16 Oct 2020
Drama Wed, 17 Aug 2022

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Alaaaaa… tak boleh dah lah tengok abe Zul kat tv nanti ☹☹☹

Drama Thu, 12 Jan 2023

Kecoh Kelibat Aliff Aziz Di Kelab Malam

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Drama Tue, 5 Sep 2023