Drama By: Afiqah Azizan February 29, 2024 @ 10:18am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Perempuan Ilmu Hitam’

Ilmu hitam bukan perkara main-main. Pada era moden ini, amalan sebegini masih berleluasa dalam kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai perkara yang mendorong masyarakat kini untuk mengamalkannya. Siri terbaharu Tonton Original yang berjudul ‘Perempuan Ilmu Hitam’ mendalami fenomena ini.

Kisah ini menampilkan watak-watak remaja yang bernama Azhar (Josiah Hogan), Bakry (Syazwan Zulkifly) dan Cairyl (Nazim Othman). Mereka datang daripada keluarga korporat yang ternama di Malaysia. Setelah mula berjinak-jinak dengan pornografi, ketiga-tiga mereka ini telah mengalami ketagihan seksual. Remaja berusia belasan tahun telah menjadi sasaran demi memuaskan nafsu mereka.

Bagi memudahkan kegiatan mereka ini, Azhar telah mendesak anak pemandu kepada bapanya, Nasrun (Zaki Azeman), untuk melaksanakan aktiviti ‘memburu’ (hunting game). Aktiviti ini telah menjadikan Lisa (Siti Hariesa), Afifah (Chacha Maembong) dan Sara (Fify Azmi) sebagai mangsa. Gadis-gadis ini telah dirogol secara beramai-ramai. Lebih malang lagi, dek rasuah, nasib mereka ini tidak terbela. Setelah kejadian tersebut, Sara telah mengalami tekanan perasaan. Dia berhenti bercakap dan mengalami kemurungan.

Setelah tujuh tahun berlalu, Inspektor Syamil tetap kekal nekad untuk mendapatkan keadilan bagi kes ini masih meneruskan penyiasatan. Lisa kini menggalas tanggungjawab sebagai pekerja sosial. Dia berdepan dengan kes seorang remaja orang asli yang bernama Bayu yang telah menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki. Lisa cuba sedaya upaya untuk memulihkan semangatnya.

Inspektor Syamil dan Lisa bertungkus-lumus untuk mencari dalang di sebalik kejadian yang menimpa Bayu. Siasatan tersebut telah merungkai situasi yang lebih rumit. Lisa mula sedar bahawa Nasrun telah dipergunakan oleh Azhar dan rakan-rakannya untuk mencari mangsa baharu.

Lisa telah mendesak Afifah untuk bekerjasama dengan Mbah Ngai (Didie Alias) bagi membantunya menyiasat kes ini dengan lebih mendalam. Desakan ini bukan mudah untuk diterima oleh Afifah yang telah cuba sedaya upaya untuk melupakan kisah pahit yang lalu itu. Pada mulanya, dia telah menolak permintaan Lisa ini.

Namun, apabila cucu ketua kampung mereka, Siti, juga menjadi mangsa baharu, Afifah tekad untuk menuntut keadilan. Caranya lebih ‘halus.’ Maka, bermulalah misi membalas dendam dengan cara seruan syaitan. Apakah yang bakal terjadi?

Cerita Apa? ‘Perempuan Ilmu Hitam’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 6 Sep 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Tumpat Berdarah’

Permusuhan yang berlarutan.

Drama Fri, 15 Mar 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Wanita Syurga’

Apabila bahagia menjadi derita…

Drama Fri, 19 May 2023
Drama Mon, 23 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua

Bukan calang-calang orang mampu menjadi guru.

Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

Drama Mon, 18 Dec 2023