Drama By: Afiqah Azizan October 23, 2023 @ 10:32am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua

Tonton Apa Hari Ni: ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua
Bukan calang-calang orang mampu menjadi guru.

Kerjaya sebagai seorang guru itu sememangnya kerjaya yang mulia. Peranan mendidik anak bangsa amat penting dalam pembangunan generasi akan datang. Namun, bukan semua orang memasang niat yang sama dalam melaksanakan tugas ini.

Watak Eikichi Onizuka yang diketengahkan dalam siri ‘Great Teacher Onizuka’ adalah salah seorang daripadanya. Kisah ikonik dari Jepun ini kini boleh dinikmati menerusi platform penstriman Tonton.

Musim pertama siri ini menyusuri watak Eikichi Onizuka yang merupakan tukang kebun sambilan di sebuah sekolah di negara Matahari Terbit itu. Namun, di sebalik jawatannya yang tidak begitu megah itu, dia sebenarnya mempunyai pengalaman yang lebih menarik.

Eikichi Onizuka sebenarnya pernah menjadi ketua kumpulan motosikal. Insiden-insiden yang berlaku di pekarangan sekolah itu telah membawa kepada kemajuan diri Eikichi Onizuka sendiri. Dia telah mengambil keputusan untuk menjadi guru terbaik di seantero Jepun. Namun, tujuan utamanya bukanlah seperti yang murni. Dia hanya ingin bertemu dengan pelajar perempuan sekolah menengah yang berketerampilan menarik.

Walau bagaimanapun, takdir mempunyai jalan yang lebih bermakna buat dirinya. Eikichi Onizuka berdepan dengan kelas budak nakal. Jawatannya sebagai guru juga tercabar apabila mereka sering mencari alasan untuk memastikan dia dipecat. Adakah dia mampu untuk mengharungi ujian ini?

Kisah Eikichi Onizuka tidak terhenti hanya dalam musim pertama siri ini. Musim kedua ‘Great Teacher Onizuka’ memperlihat perkembangan watak Eikichi Onizuka apabila dia ditempatkan ke sekolah menengah lamanya di Shonan, Jepun. Di sekolah ini jugalah, kisah silamnya kembali menghantui dirinya. Apakah peristiwa-peristiwa yang dibangkitkan? Mampukah Eikichi Onizuka kekal dengan semangatnya?

Cerita Apa? ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 27 Feb 2024

Kini Di Kaca TV: ‘Perempuan Itu’

Orang ketiga mengganggu kisah bahagia Khalish dan Emir.

Drama Tue, 21 Feb 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kami Budak Band’

Bukan senang nak berjaya.

Drama Thu, 12 Mar 2020

Amelia Henderson Derita Dalam “Rindu Yang Terindah” ?

Antara kasih dan benci, dapatkah Airis bertahan dalam perkahwinannya?

Drama Mon, 27 Mar 2023
Drama Tue, 28 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Sekali Aku Bahagia’

Sikap buruk manusia membawa derita.

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

Drama Mon, 9 Oct 2023

Afifah Nasir Bawa Watak Jahat, Bergandingan Dengan Aiman Hakim Dalam Haloba

Saksikan drama bersiri Haloba di slot Samarinda TV3

Drama Tue, 16 May 2023