Drama By: Afiqah Azizan May 19, 2023 @ 10:30am

Kenali Watak-Watak Yang Mewarnai Filem Tonton Original, ‘Raya Heist’

Filem original Tonton terbaharu yang berjudul ‘Raya Heist’ menyoroti tiga sekawan – Borhan, Dollah dan Nor – yang kembali bersatu setelah lama terpisah dek pemergian mentor mereka.

Pemergian mentor mereka itu jugalah yang telah mencetuskan perasaan marah dan geram terhadap Hj Osman, individu yang dikatakan telah menjadi punca serangan jantung mentor mereka. Maka, tiga sekawan ini mempunyai misi untuk merompak orang tua tersebut sebagai tindakan balas dendam.

#1 Borhan (lakonan Fad Bocey)

Borhan adalah seorang jejaka bujang yang berusia awal 40-an. Dia bekerja sebagai penjual ikan di sebuah pasar di kampung tersebut. Borhan bukanlah seorang yang mempunyai pemikiran panjang. Dia tidak fikir masak-masak tentang akibat yang berlaku akibat tindakannya. Dia cuma fokus kepada hasil yang mungkin boleh diperolehi. Borhan sering menjadi dalang bagi setiap operasi yang dijalankan oleh tiga sekawan ini.

#2 Dollah (lakonan Hazama)

Hazama juga adalah seorang jejaka yang berusia awal 40-an. Dia merupakan seorang usahawan yang berkecimpung dalam bidang perniagaan keselamatan di bandar. Dollah mempunyai pendiriannya tersendiri. Hal ini menyebabkan dia sering bertelagah dengan Borhan kerana mereka tidak bersependapat. Namun, dia juga mempunyai sifat yang akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Dia sanggup berkorban demi melaksanakan misi. Dollah juga mempunyai alahan yang agak pelik – dia akan pengsan apabila disentuh oleh Nor.

#3 Nor (lakonan Nora Danish)

Nor adalah seorang wanita bekerjaya. Seperti dua rakan karibnya, dia juga berusia awal 40-an. Nor telah berhijrah keluar dari kampung setelah mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh sewaktu umurnya 16 tahun. Setelah tamat persekolahan, Nor telah menyambung pelajarannya di luar negara. Nor merupakan seorang yang matan dan terperinci. Dia sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Maka, dia sering menjadi pengaruh antara rakannya untuk melakukan sesuatu dengan lebih bijak.

#4 Amir (lakonan Amir RL)

Amir merupakan seorang jejaka yang sudah lama berkawan dengan Dollah, Borhan dan Nor. Dia mempunyai kemahiran mengenai gajet. Kemahirannya ini amat berharga dalam misi rompakan yang dirancang. Amir sanggup turut serta dalam rompakan ini kerana ingin membalas dendam untuk ayahnya.

#5 Hj Osman (lakonan Aziz M Osman)

Hj Osman merupakan orang tua yang memiliki kekayaan yang hebat. Dia seorang yang gatal dan pernah berkahwin empat. Namun, kini dia hidup sebagai seorang yang bujang bersama pengawalnya, Agus. Ramai orang kampung telah menjadi mangsa penipuannya. Jongkong-jongkong emas kepunyaan Hj Osman menjadi sasaran dalam misi rompakan Borhan, Dollah dan Nor.

Cerita Apa? ‘Raya Heist’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Puas Hati Tengok Isteri Cubit Muka Izzue Islam – “Terima Kasih Kak Tolong Cubitkan Amir”

Pelakon Izzue Islam menjadi sebutan ramai selepas karakter Amir yang dibawa dalam drama bersiri Rindu Kasih bersiaran di TV3 menyakitkan hati penonton. Watak Amir itu telah mengundang pelbagai reaksi dari penonton yang geram melihat sikap […]

Drama Thu, 25 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’

Dengan buku nota pun boleh berkomunikasi!

Drama Wed, 31 May 2023
Drama Thu, 25 Aug 2022
Drama Thu, 4 Jan 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hawt Fellas’

Setiap orang pasti mempunyai masalah tersendiri.

Drama Tue, 19 Mar 2024
Drama Sun, 26 Mar 2023
Drama Thu, 21 Dec 2023

5 Bakal Hero Malaya Ini Memantapkan Siri ‘Alice Kampung Baru’

Kenali muka-muka yang memainkan peranan dalam siri ini

Drama Thu, 15 Dec 2022

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Alamak kenapa Scha Elinnea disakiti Redza?