Euforia Bola 2026
Drama By: Padin January 9, 2024 @ 10:48am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’

Jalan kehidupan bukanlah ringkas. Ia disulami liku-liku yang kadangkala tidak dijangka. Siri terbaharu Akasia yang berjudul ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ menceritakan kesulitan yang dialami dalam mengharungi cabaran dunia.

Watak utama dalam kisah ini adalah Dania (lakonan Rita Nadira). Gadis muda ini telah terlibat dengan suatu hubungan yang terlarang bersama jejaka bernama Qabil (lakonan Aidit Noh).

Hubungan mereka telah membawa kepada kandungan anak luar nikah. Situasi ini telah menyebabkan Qabil melarikan diri ke luar negara. Bapa Dania, Datuk Safuan (lakonan Zamarul Hisham), telah mendesak Dania untuk menggugurkan anak dalam kandungannya itu. Hal ini tidak dipersetujui ibu Dania, Datin Kay (lakonan Mas Anizan).

Datin Kay telah bertindak untuk menyembunyikan Dania di sebuah pusat perlindungan gadis yang dikenali sebagai Wadi Safiyyah.

Wadi Safiyyah itu menjadi tempat pertemuan Dania dengan Iqbal (lakonan Aniq Suhair). Iqbal adalah salah seorang tenaga pengajar di situ. Dia telah mula jatuh hati terhadap Dania. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati terutamanya bagi Umairah yang sudah terdahulunya menaruh perasaan terhadap Iqbal.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan dan tegang apabila Qabil membuat kemunculan semula. Apakah yang akan terjadi terhadap dinamik hubungan mereka?

Cerita Apa? ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’
Hari Apa? Setiap Isnin – Jumaat
Jam Berapa? 7 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 18 May 2026

“Saya Tumpang Aura Dia” – Zara Zya Teruja Kembali Digandingkan Dengan Adi Putra Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Selepas 11 tahun, Zara Zya & Datuk Adi Putra kembali disatukan dalam drama Luka Di Hujung Setia.

Drama Wed, 6 May 2026

“Penyondol Berkelas! Hanya Sarimah Ibrahim Boleh Hidupkan Watak ‘Wanita Simpanan’ Dengan Cara Berbeza” – Shuhaimi Lua

Watak Eva lakonan Sarimah Ibrahim dalam Bila Cinta Menjadi Dosa paling mencuri perhatian sejak drama itu ditayangkan di slot Lestary, TV3.

Drama Fri, 16 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Chinta Arjuna’

Kisah cinta yang tidak diduga!

Drama Thu, 15 Dec 2022
Drama Fri, 20 Oct 2023
Drama Tue, 14 Feb 2023
Drama Fri, 31 Jan 2025
Drama Tue, 14 Nov 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘ILYS’

Dalam benci, ada sayang.

Drama Tue, 23 May 2023
Drama Mon, 27 Mar 2023
error: Content is protected !!