Euforia Bola 2026
Drama By: Padin October 20, 2023 @ 11:33am

Loceng Dah Bunyi: ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua Kini Di Tonton

Kelas dah bermula! Siri ikonik ‘Great Teacher Onizuka’ musim pertama dan kedua dari Jepun sudah pun mendarat di Tonton.

‘Great Teacher Onizuka’ bukanlah judul yang asing bagi para peminat siri manga Jepun. Ia diilustrasikan oleh Tooru Fujisawa. Kisah ini mengetengahkan watak Eikichi Onizuka, seorang anggota kumpulan motosikal yang menjadi guru di sebuah sekolah di Tokyo.

Populariti hebat manga ini telah membawa kepada pelbagai adaptasi kisah menarik Eikichi Onizuka. Salah satu daripadanya telah ke udara di kaca televisyen pada tahun 2012 dan seterusnya, pada tahun 2014. Kini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati cerita yang disulami kekecohan serta pengajaran hidup yang bermakna menerusi platform penstriman Tonton.

Musim pertama ‘Great Teacher Onizuka’ ini juga menelusuri watak Eikichi Onizuka yang merupakan tukang kebun sambilan di sebuah sekolah di negara Matahari Terbit itu. Namun, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai ketua kumpulan motosikal.

Takdir telah mendorongnya untuk menjadi guru di sekolah tersebut. Namun, niatnya tidaklah semurni pendidik anak bangsa yang lain. Hasrat Eikichi Onizuka menjadi guru dipacu keinginannya untuk bertemu dengan pelajar perempuan sekolah menengah yang berketerampilan menarik.

Namun, tugas sebagai guru bukanlah semudah yang disangka, apatah lagi apabila dia dipertanggungjawabkan atas kelas murid-murid yang nakal. Jawatannya sebagai guru juga di ambang bahaya apabila mereka sering mencari jalan untuk memastikan dia dipecat.

Perkembangan watak Eikichi Onizuka diteruskan dalam musim kedua dengan pelbagai elemen mengejutkan. Kali ini, kisah silam kembali menghantui dirinya di sekolah lamanya yang bertempat di Shonan. Pelbagai persoalan mula timbul. Adakah Eikichi Onizuka mampu kekal dengan misinya untuk menjadi guru terbaik di seluruh pelosok Jepun?

Langgani Tonton hari ini dengan harga serendah RM 9.90 dan mulakan sesi kelas anda! Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store atau layari www.tonton.com.my untuk strim siri ikonik ini.

Cerita Apa? ‘Great Teacher Onizuka’ Musim Pertama Dan Kedua
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 14 Dec 2023
Drama Tue, 20 Jan 2026

Gurauan ‘Double Meaning’, Rykarl Iskandar Tegas Isu Gangguan S*ksual – “Saya Boleh Baca Isyarat Badan Seseorang”

“Percubaan pun tak ada sebab saya boleh bau perkara itu 1 kilometer jauhnya” – Rykarl Iskandar

Drama Thu, 21 Sep 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Melastik Ke Hatimu’ Musim Kedua

Siri ini kembali untuk musim kedua.

Drama Thu, 26 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Cik Lang Swe’

Banyak tanggungjawab Cik Lang Swe ni.

Drama Mon, 12 Feb 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Rindu Kasih 2’

Ujian kehidupan memang mencabar, lebih-lebih lagi setelah keluar penjara.

Drama Thu, 1 Jun 2023
Drama Fri, 16 Feb 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘My Lovely Driver’

Tugas pemandu peribadi penting ok.

Drama Thu, 10 Aug 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Rajuk Karina’

Karina bangkit mencari kebahagiaan.

error: Content is protected !!