Euforia Bola 2026
Drama By: Padin October 26, 2023 @ 10:51am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Cik Lang Swe’

Terdapat pelbagai jenis hantu dalam dunia nusantara. Drama original Tonton yang berjudul ‘Cik Lang Swe’ menerokai kisah perebutan kuasa antara puak-puak hantu yang berbeza.

Cik Lang Swe (Dini Shatzmann) merupakan satu-satunya pewaris lelaki bagi Puak Langsuir di Kampung Temu Jodoh. Puak Langsuir ini dianggap sebagai puak yang paling lemah dalam kalangan puak hantu yang lain.


Lang Swe yang ingin menjalani kehidupan normal sering dibuli kerana sifatnya yang baik hati serta bersopan santun. Ia sememangnya bertentangan dengan keperibadian yang wajar bagi spesis hantu. Namun, semangat Lang Swe tidak pernah pudar kerana dia mempunyai impian untuk meninggalkan kampung bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi pelakon popular.

Pada suatu hari, Ratu bagi segala hantu bagi puak Pontianak, Seri Ponti Wang (Amy Nur Tinie), telah memberi kejutan kepada rakyatnya dengan mengumumkan persaraannya. Keputusannya itu dibuat atas sebab ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya baharunya sebagai pempengaruh di media sosial.

Lalu, Ponti Wang telah mengisytiharkan bahawa takhta untuk memerintah semua hantu kini menanti pemerintah baharu. Namun, pemerintah baharu itu hanya boleh dipilih daripada pemenang acara berprestij hantu iaitu Olympictu.

 

Peraturannya begitu mudah. Hantu yang paling banyak mengumpul jeritan manusia akan dinobatkan sebagai pemenang dan akan memegang takhta pemerintah Kampung Temu Jodoh yang baharu.

Setelah berabad-abad kekal kalah, puak Langsuir berharap untuk menuntut semula takhta yang telah dirampas daripada mereka. Mak Lang percaya bahawa hanya Lang Swe sahaja yang boleh memenangi Olympictu.

Lang Swe yang dilanda rasa panik telah cuba melarikan diri dengan bantuan daripada rakannya, Poco. Namun, dirinya sering ditemui. Akhirnya, Lang Swe terpaksa menjalani latihan. Antara aktiviti yang perlu dilakukannya termasuk memanjat pokok, berlatih gelak tawa yang menyeramkan dan pelbagai perkara lagi yang menyumbang kepada imej yang menakutkan.

Pada masa yang sama, Lang Swe telah jatuh hati terhadap waris Pontianak, PontiSu (Harissa Adlynn). Walaupun kedua-dua ibu bapa mereka tidak merestui hubungan yang terjalin, PontiSu telah bertunang dengan PontiDol (Ezzrin Loy).

PontiDol adalah pontianak yang terkuat dan merupakan musuh ketat Cik Lang Swe. Lebih memburukkan keadaan, kaum manusia dibelenggu masalah pecah masuk dan rompakan oleh manusia yang bertopengkan hantu. Topeng yang digunakan itu menyebabkan hantu yang dipersalahkan.

Cik Lang Swe bukan sahaja perlu memenangi Oplympictu. Dia juga perlu mencari pesalah yang mengganggu manusia. Selain itu, dia juga mesti memenangi hati PontiSu. Mampukah dia menjayakan semuanya?

Cerita Apa? ‘Cik Lang Swe’
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 15 Mar 2023
Drama Thu, 4 Apr 2024

Ghairah Pilih Pelakon, Erma Fatima Puji Lakonan Aedy Ashraf & Hannah Delisha – “Ini Lah Pelapis Yang Bukan Harap Muka Tapi Bod*h”

Wah! Bukan senang nak dapat pujian dari seorang Erma Fatimah. Terbaik lah Aedy & Hannah!❤️👏

Drama Sat, 20 Apr 2024
Drama Thu, 29 Feb 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Perempuan Ilmu Hitam’

Dendam memacu seruan syaitan durjana.

Drama Fri, 19 May 2023
Drama Sat, 9 May 2026

Demi Drama ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’ Marc Syahmie Terpaksa Masuk Peti Mayat – “Sehari Sebelum Penggambaran Peti Tu Digunakan Untuk Mayat Sebenar”

Kata Syahmie, pada mulanya dia terkejut apabila dimaklumkan, produksi menggunakan peti mayat yang masih digunakan pihak hospital dan bukannya prop penggambaran.

Drama Thu, 25 Aug 2022
error: Content is protected !!