Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin May 9, 2026 @ 12:23pm

Demi Drama ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’ Marc Syahmie Terpaksa Masuk Peti Mayat – “Sehari Sebelum Penggambaran Peti Tu Digunakan Untuk Mayat Sebenar”

“Keadaan itu menyebabkan saya sesak nafas secara tiba-tiba”, demikian respons pelakon Marc Syahmie apabila berdepan detik mendebarkan kerana perlu menjalani penggambaran di dalam peti mayat demi drama lakonannya, ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’.

Kata Syahmie, pada mulanya dia terkejut apabila dimaklumkan, produksi menggunakan peti mayat yang masih digunakan pihak hospital dan bukannya prop penggambaran.

Malah, peti mayat itu juga telah digunakan untuk mayat sebenar sehari sebelum penggambaran dijalankan.

“Bila mula-mula dapat tahu ada babak dalam peti mayat, saya memang berdebar. Tambah saya diberitahu, sehari sebelum penggambaran peti mayat itu memang ada digunakan untuk mayat sebenar.

“Saya bukan takut sebab ia peti mayat, tetapi kelemahan saya dari kecil memang takut tempat sempit dan gelap. Keadaan itu akan menyebabkan saya sesak nafas secara tiba-tiba,” katanya.

 

Tidak habis disitu, Syahmie, 26, juga terpaksa dimasukkan ke dalam beg plastik mayat berwarna putih sebelum diletakkan di dalam peti mayat berkenaan.

“Keadaan memang sangat menggerunkan untuk saya. Saya dimasukkan dalam beg plastik mayat warna putih, kena zip, kemudian diletakkan dalam peti mayat dan pintu ditutup.

“Bayangkan beberapa minit saya duduk seorang diri dalam keadaan sejuk, sempit dan gelap. Masa itu saya betul-betul rasa seperti mayat,” jelasnya.

Menganggap ini adalah pengalaman baru untuknya sepanjang bergelar pelakon, Syahmie menyifatkan, ia adalah peluang berharga kerana tidak semua orang dapat melalui momen tersebut.

“Alhamdulillah saya berjaya lakukan. Ini pengalaman baru untuk saya sebagai pelakon dan bukan semua orang dapat rasa pengalaman seperti ini.

“Saya kena kawal pernafasan dan tenangkan diri. Ingatkan babak itu mudah, tapi sebenarnya perlukan keberanian dan kekuatan mental juga,” kongsinya.

Menurut Syahmie, babak tersebut turut memberi kesan mendalam terhadap dirinya apabila dia kini lebih menghargai kehidupan.

“Dalam peti itu saya banyak berselawat dan berzikir. Bila dengar pelakon lain menangis, walaupun pejam mata saya boleh rasa suasana itu macam betul-betul berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, dia memaklumkan tiada sebarang kejadian pelik berlaku sepanjang penggambaran selain hanya dinasihatkan untuk membersihkan diri sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu, dia juga terpaksa keluar masuk keranda beberapa kali demi mendapatkan scene terbaik, namun bersyukur kerana berjaya mengatasi ketakutannya sejak kecil.

“Sejujurnya banyak saya belajar dan insaf. Masa berlakon jadi mayat itu, terdetik juga dalam hati, kalau suatu hari nanti saya sudah tiada, mungkin beginilah keadaannya.

“Dalam peti itu saya banyak berselawat dan berzikir. Situasi memang sangat real. Bila saya dikeluarkan dan dengar pelakon lain menangis, walaupun mata terpejam saya boleh rasa suasana itu macam betul-betul berlaku meski sekadar lakonan.

“Setakat ini tiada apa-apa berlaku. Cuma pihak produksi ada nasihatkan saya mandi dan bersihkan diri untuk elak benda tidak baik ikut, tapi semua okay,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Katanya Abam Kongkong Isteri Selepas Kahwin !

Betul ke Abam kongkong isterinya selepas berkahwin atau ada sebab disebaliknya? Pasti ada sebab kalau betul

Hiburan Tue, 3 Dec 2024
Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Featured Mon, 15 Jul 2019
error: Content is protected !!