Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 17, 2023 @ 10:30am

Di Sebalik Watak: Bertarung Kecederaan & Influenza A, Sophia Al Barakbah Komited Jayakan 2 Watak Dalam ‘Obsesi Dia’

Kisah silam yang terus menghantui kehidupan bukanlah sesuatu yang ringan. Drama Samarinda terbaharu yang berjudul ‘Obsesi Dia’ mengetengahkan kisah Affiyah yang telah menyaksikan sebuah kes pembunuhan. Walaupun hal ini telah lama berlaku, ia kekal menghantui hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Kelibat pembunuh psiko sentiasa mengacau jiwa. Kehidupan orang yang tersayang juga terancam. Menceritakan tentang watak yang dimainkannya, Sophia Al Barakbah berkongsi bahawa dia memegang dua watak dalam siri ini – Affiyah dan Aliyyah. Menurutnya. “Affiyah adalah seorang pelajar kolej yang ceria, manja dan happy-go-lucky. Alliyah pula beberapa tahun lagi tua dari Affiyah. Dia bertudung dan dia bekerja di klinik. Dia lebih pendiam, reserved dan tenang daripada Affiyah.”

Menjawab persoalan tentang apa yang menarik minatnya untuk melakonkan watak Affiyah ini, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, “Bila Sophia pertama kali baca skrip, Sophia rasa cerita ini menarik dan lain daripada yang lain.” Tambahnya lagi, “Ia cerita thriller yang best tapi mungkin agak mengelirukan untuk sesetengah orang sebab kena betul-betul fokus dan ikut setiap episode baru tidak keliru. Dan ini adalah kali pertama Sophia berlakon cerita psiko thriller jadi rasa sangat teruja untuk mencuba dan membawa dua watak dalam satu drama.”

Pengalaman membawa watak ini juga membawa cabaran yang tersendiri. Sophia telah melaksanakan tugasnya walau kesihatannya tidak begitu baik. “Sewaktu penggambaran, Sophia dapat Influenza A dan bronkitis tapi tetap teruskan penggambaran juga.”

Selain itu, babak-babak yang penuh aksi juga menguji daya lakonannya. “Banyak babak kena kejar, kena tarik di hutan dan terjatuh kat tangga. Jadi banyak lebam di kaki dan badan Sophia. Tetapi itu semua pengalaman yang bermakna,” ujarnya. Cuaca hujan juga membuatkan lokasi penggambaran lebih licin sekaligus meningkatkan cabaran.

Menerusi penglibatannya dalam siri ini, Sophia juga lebih berwaspada tentang bahaya yang wujud. Pengajaran yang didapatinya adalah “Untuk lebih berhati-hati, kaum perempuan terutamanya. Jangan pergi mana-mana seorang diri. Sentiasa berteman atau kemas kini lokasi dan maklumkan kepada orang lain ke mana nak pergi sebelum pergi. Jangan terlalu mudah percayakan orang dan kalau dalam kesusahan, terus laporkan ke pihak berkuasa daripada cuba menanganinya sendiri.”

Sophia juga mengajak orang ramai untuk tidak terlepas daripada menonton siri ini kerana “Ia bukan cerita yang tipikal, lain daripada yang lain. Kalau dah bosan tengok cerita genre sama je di kaca televisyen, tontonlah cerita psiko-thriller ini. Barisan pelakon pun menarik dan ada plot yang tidak disangka.”

Cerita Apa? ‘Obsesi Dia’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

Drama Wed, 17 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kampung Mat Saleh’

Kemalangan yang berlaku telah mengubah identiti.

Drama Fri, 19 Apr 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kuih Muah’

Bukan semuanya manis dalam kehidupan ini.

Drama Mon, 13 Mar 2023
Drama Fri, 13 Jan 2023

Tampil Barisan Bakat Baharu, Bawah Blok Hiasi Slot Lestary TV3!

Drama bersiri Bawah Blok terbitan Tanah Beris Film Production hadir menghiasi slot Lestary TV3. Naskhah ini mengisahkan lima remaja yang tinggal di sebuah rumah flat kos rendah dan selalu menjadikan kawasan bawah blok kediaman sebagai tempat […]

Drama Thu, 9 Apr 2026

Dorm 403 Tampil Bongkar Sisi Gelap Sekolah Asrama, Muaz Zabir Bawa Watak Penuh Trauma

Dorm 403 bersiaran selama 13 episod akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Drama Fri, 16 Oct 2020
Drama Tue, 16 May 2023
Drama Fri, 3 Mar 2023
error: Content is protected !!