Euforia Bola 2026
Drama By: Padin April 19, 2024 @ 12:13pm

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kuih Muah’

Kesan daripada peristiwa yang tidak dijangka akan berlaku dalam kehidupan mampu mendorong seseorang itu untuk melakukan perkara yang mengejutkan juga. Itulah yang dilalui oleh Adam (Shukri Yahaya) dalam siri Tonton Original terbaharu yang berjudul ‘Kuih Muah.’

Adam merupakan seorang jejaka yang amat menyayangi kedua ibu bapanya. Keputusan ibu bapanya untuk bercerai adalah sebuah kejutan yang tidak diingini buat dirinya. Dia nekad untuk mengubah situasi ini.

Strategi Adam adalah untuk memberi fokus kepada perniagaan kuih keluarganya yang seperti hidup segan, mati tidak mahu. Adam percaya bahawa dengan memberi nafas baharu dan memajukan kembali perniagaan tersebut, ia juga boleh menyelamatkan rumah tangga ibu bapanya.

Dia telah berhenti daripada kerjaya hakikinya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan kuih tersebut. Hal ini tidak disenangi oleh tunangnya, Ruhana (Raden Zaharatul). Ruhana berasa kecewa dengan tindakan Adam.

Adam tetap tekad dengan caranya. Berbekalkan resipi dan tunjuk ajar oleh nenek (Kismah Johar), Adam mula mendalami seni pembuatan kuih. Namun, adat perniagaan, pasti ada persaingan.

Kyle (Muaz Zabir) yang merupakan rakan sekolah menengah Adam dan juga musuh tradisinya tiba-tiba muncul dengan perniagaan kuih-muih ‘hipster.’ Perkara ini membawa kepada pelbagai konflik.

Adakah Adam akan berjaya dengan misinya atau adakah ini permulaan untuk sebuah pengakhiran dalam kehidupannya?

Cerita Apa? ‘Kuih Muah’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 11 Mar 2020
Drama Sat, 9 May 2026

Demi Drama ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’ Marc Syahmie Terpaksa Masuk Peti Mayat – “Sehari Sebelum Penggambaran Peti Tu Digunakan Untuk Mayat Sebenar”

Kata Syahmie, pada mulanya dia terkejut apabila dimaklumkan, produksi menggunakan peti mayat yang masih digunakan pihak hospital dan bukannya prop penggambaran.

Drama Mon, 18 Aug 2025

Norish Karman Lebih Berdikari, Tak Kisah Berhabis Ribuan Ringgit Demi Watak

Kata Norish, sikap itu adalah hasil pengalaman lampau sebagai anak seni.

Drama Thu, 24 Jul 2025

DEX Beraksi Dalam Drama Thriller Serius Bertemakan Sisi Dunia Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak, Strim ‘The Defects’ Di Tonton!

Strim ‘The Defects’ sekarang di Tonton! Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea, bermula 21 Julai.

Drama Thu, 12 Jan 2023

Kecoh Kelibat Aliff Aziz Di Kelab Malam

Apakah sebenarnya yang berlaku?

error: Content is protected !!