Euforia Bola 2026
Drama By: Padin October 16, 2020 @ 4:54pm

“Nasib Baik Jauh, Kalau Dekat I Siku You!” – Baru Episod 1, Penonton Dah Geram Tengok Drama Hati Yang Tersakiti!

Biarpun baru sahaja bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula semalam, drama bersiri Hati Yang Tersakiti sudah mula mencuri perhatian peminat.

Drama yang menggandingkan lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana ini telah meninggalkan rasa geram di hati peminat.

View this post on Instagram

dah sakit ke hati tu?? rasanya penonton punya hati yang tersakiti semalam ???? ❤️

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

Menerusi pemerhatian xtra di laman sosial Nad yang memegang watak Mona, ramai penonton yang geram dengan tindakan Mona membenarkan rakan baiknya, Farah lakonan Mimi menumpang di rumahnya.

Sebelum ini, drama Hati Yang Tersakiti menimbulkan isu biarpun belum ditayangkan kerana ada pihak mendakwa naskhah 15 episod terbitan oleh Art Ornament Sdn Bhd ini merupakan ‘remake’ drama bersiri popular Korea, The World of Married Couple.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Yang Dakwa ‘Hati Yang Tersakiti’ Remake Drama Korea Popular ‘The World Of The Married’, Sebenarnya…

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Hati Yang Tersakiti menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam mulai 15 Oktober 2020 di TV3.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Sinopsis:

Drama bersiri ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).

Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Dec 2024

“Lelaki Sejati Takkan Naik Tangan!” – Anzalna Nasir Seru Wanita Alami Keganasan Perkahwinan Tampil Lebih Berani

Menurut Anzalna, perceraian adalah perkara paling menakutkan dan menyakitkan bagi kaum wanita

Hiburan Tue, 29 Apr 2025

Sebak Bertemu Semula, Afdlin Shauki Akui Rindu Que Haidar Selepas Lebih 10 Tahun Tidak Bertegur

Afdlin Shauki sebak jumpa Que Haidar lepas 10 tahun menghilang

Trending Thu, 1 Oct 2020

Covid-19 : 89 Kes Baharu Dan 2 Kematian Dicatatkan

Jangan mudah mengalah, terus patuh SOP!

Featured Thu, 10 Mar 2022

Keperluan Vaksinasi Merentas Negeri Kini Dimansuhkan – PM

Boleh rentas negeri walau tanpa suntikan booster dan…

Featured Wed, 20 Oct 2021

Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

Pelakon terkenal, Fauzi Nawawi tular di media sosial semenjak semalam apabila berbicara mengenai satu babak panas dalam filem Anak Halal yang melibatkan dirinya bersama pelakon wanita, Raja Farah. Tular satu rakaman video di Twitter semalam […]

error: Content is protected !!