Euforia Bola 2026
Drama By: Padin March 15, 2023 @ 1:11pm

Tonton Apa Hari Ni: ‘Penggali Kubur & Miss Sleepwalker’

Kehidupan di kampung mempunyai cabaran tersendiri. Drama original Tonton, ‘Penggali Kubur & Miss Sleepwalker’ memaparkan watak Asyraf (dilakonkan oleh Izzue Islam) yang telah selesa dan gembira dengan kehidupannya di bandar.

Namun, bapanya, Pak Hamid, mempunyai hasrat yang berbeza bagi anak terunanya itu. Asyraf telah dipujuk untuk pulang ke kampung dan menetap di situ bagi meneruskan legasi bapanya sebagai penggali kubur.

Tatkala Asyraf teruja untuk melamar buah hatinya, Jasmine, satu plot telah dirancang oleh Razif, anak kepada bosnya, untuk memastikan dia dipecat. Kehilangan pekerjaan serta buah hatinya kepada Razif telah melahirkan rasa kecundang dalam dirinya. Kekecewaannya mendorongnya untuk pulang ke kampung halamannya.

Setibanya di kampung, baru dia mengetahui bahawa bapanya akan pergi melancong ke seluruh negara. Maka, tanggungjawab atas tanah perkuburan jatuh atas bahunya.

Malangnya, dalam perjalan ke destinasinya, kemalangan telah menimpa Pak Hamid. Namun, mayatnya tidak dapat ditemui. Hal ini telah menyebabkan kematiannya tidak dapat dipastikan.

Oleh demikian, Asyraf terpaksa mewarisi pekerjaan bapanya. Dia juga mewarisi penyodok ajaib yang memberikannya kelebihan untuk menggali lubang 10 kali lebih cepat berbanding tenaga lelaki biasa.

Pada ketika perkara ini berlangsung, terdapat seorang gadis yang bernama Syifa (dilakonkan oleh Riena Diana) serta keluarganya yang baru pindah ke kampung. Mereka berharap kehidupan di kampung adalah lebih aman daripada di bandar. Ibu bapa Syifa beranggapan persekitaran kampung adalah lebih selamat buat anak perempuan mereka yang mempunyai tabiat tidur sambil berjalan. Perkara ini tidak diketahui umum.

Tabiat Syifa itu telah menyebabkan orang kampung percaya bahawa terdapat pontianak yang berkeliaran di kampung.

Pada suatu malam, sambil dia berada dalam status tidur, Syifa telah merayau-rayau sehingga ke tanah perkuburan di mana dia bertemu dengan Asyraf. Asyraf berasa yakin bahawa pontianak kampung itu hanyalah seorang gadis cantik yang sesat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Sewaktu Asyraf cuba memperkenalkan dirinya kepada Syifa sewaktu dia sedar, Syifa tidak dapat mengenali jejaka tersebut kerana dia hilang ingatan apabila dia bangun dari tidurnya.

Khabar angin tentang harta Pak Hamid yang tidak diketahui lokasinya serta tuduhan bahawa Asyraf mengamalkan sihir mula tersebar dengan meluas. Asyraf berada dalam situasi yang sukar.

Selain perlu mencari harta bapanya dan membersihkan namanya, dia juga perlu mencari jalan untuk membantu Syifa dengan masalah tidurnya dan memenangi hati gadis tersebut. Mampukah Asyraf melakukan semuanya?

Cerita Apa? ‘Penggali Kubur & Miss Sleepwalker’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 25 Dec 2024

Emma Maembong Terjerat Dalam Rumah Tangga Toksik?

Saksikan Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Shah Jaszle dan ramai lagi dalam Wanita Milik Kaiden.

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Drama Fri, 30 Jun 2023
Drama Thu, 24 Jul 2025

DEX Beraksi Dalam Drama Thriller Serius Bertemakan Sisi Dunia Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak, Strim ‘The Defects’ Di Tonton!

Strim ‘The Defects’ sekarang di Tonton! Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam, serentak dengan tayangan di Korea, bermula 21 Julai.

Drama Tue, 3 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘HALOBA’

Sikap yang membinasakan.

Drama Mon, 21 Aug 2023

Megat Sharizal dan Faizul A Rashid Berganding Bahu Untuk ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’

Rugi kalau tak tengok siri arahan dua pengarah yang berpengalaman inI!

error: Content is protected !!